Followers

Friday, July 16, 2010

5 HARGA BARANG NAIK KE ARAH KOS SARA HIDUP RENDAH

Kerajaan Selaraskan Harga Subsidi Untuk Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan hari Khamis mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. [BERNAMA]

Harga baru:

1. Petrol RON95 - RM1.85 seliter
2. Petrol RON97- RM2.10 seliter
3. Diesel - RM1.75 seliter
4. LPG - RM 1.85 sekilo
5. Gula - RM 1.90 sekilo

Ke arah negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah kerajaan telah menaikkan lima harga barang penting. Selepas ini puak kapitalis golongan peniaga terdiri daripada puak DAP yang BN tidak dapat undi mereka hatta di kawasan BN menang akan menaikkan harga barang atas alasan harga bahan api naik.

Pengguna majoriti di kalangan Melayu dan India akan menikmati penurunan kos sara hidup terkesan daripada kenaikkan harga barang-barang ini. Jika dulu RM 50 dapat beli tiga barang dengan penurunan kos sara hidup ini dapatlah kita beli satu barang. Terima kasih BN.

Pengurangan subsidi ini mungkin bertujuan menampung kehilangan RM2 bill skandal PKFZ dan RM500 mil komisyen pembelian kapal selam di mana rakyat harus bersama bertanggung jawab kerana RM 2 bill dan RM500 mill tersebut masuk ke poket rakyat juga bukan pemimpin tertentu sahaja.

Ke arah negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah.

1 comment:

Jeffry said...

ADOIYAIII..ITU PSL PUAK2 FUCKATAN GUNA NAMA BN = BARANG NAIK DH JD SENJATA MKN TUAN..SUSAH INI MCM WOOOO!!

Popular Posts 30