Followers

Monday, July 19, 2010

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

MUSA Sheikh Fadzir (tiga dari kanan) menerima borang menjadi ahli UMNO daripada Shafie Ali yang mewakili rakan-rakannya setelah meninggalkan parti itu di Bukit Mertajam Pulau Pinang, semalam.

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Sebab-sebab:

1. Menurutnya, nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.

2. ‘‘Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

3. ‘‘Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” katanya. [RUJUK]
****
Ranting dah gugur batang bila nak tebang? Peruntukan untuk hangpa depa buat belanja pergi Amerika, Apology Tour.

Kepada UMNO jangan hampakan kepercayaan orang. Kalau yang tanah belum ada geran beri geran supaya DAP tidak boleh halau mereka.

Bekerjalah untuk rakyat bukan untuk perut sendiri insyaallah Penang selamat.

2 comments:

Media Cyber said...

hahaha! tu la.. semasa prk permatang pasir, bukan main lagi kerja kutuk2 bN.. skg dah bubar.. padan muka.. sape soh dok naikkan cina DAP tu.. kahkahkah!

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

Popular Posts 30