Followers

Wednesday, August 11, 2010

ISLAM BASHING; KENAPA


Tanggapan negatif pihak-pihak tertentu terhadap Islam adalah berpunca dari kepimpinan gaya musallamah al kazzab dan kultusnya. Sebab itulah Tun Dr Mahathir pernah mencadangkan nama Islam di gugurkan dari mana-mana pertubuhan demi menjaga kesucian Islam itu sendiri contohnya dari Sisters in Islam dan Kultus Isle Se Malaysia.

Kepimpinan mencontohi nabi? Nabi seorang yang berakhlak mulia, berjiwa besar, ahli ekonomi yang hebat dan ketua yang bijak.

Kepimpinan mencontohi nabi dari segi ekonomi boleh diberi pujian kepada kumpulan Al Arqam yang tidak menguasai negeri justeru tidak ada hasil negeri sama ada balak jauh sekali minyak di luar kawasan namun progresif dan produktif mampu menghasilkan produk barangan harian, hiburan dan penerbitan. Namun dengan kebijaksanaan dan kecemerlangan pimpinan begitu mereka tidak pernah mendakwa kepimpinan gaya nabi.

Kepimpinan mencontohi nabi dari segi sosial boleh diberi pujian kepada kumpulan tabligh yang berdakwah dengan berjiwa besar, tanpa dendam dan diskriminasi. Kumpulan tabligh menyampaikan dakwah tidak kira kepada golongan elit hingga penagih dadah kerana dakwah untuk semua, manakala hidayah ALLAH yang beri. Mereka tidak berdendam hingga mahu menyekat dakwah kepada golongan tertentu dan menghina ulama muda yang mahu mendekati golongan tersebut dengan pelbagai gelaran penuh penghinaan tanda riak dan ujub.

Kegagalan sesetengah pihak membezakan Islam dan Kultus Isle Se Malaysia membawa kepada salah tafsiran. Mereka mendakwa Islam itu tidak progresif, miskin dan terkebelakang walhal kultus guna nama Islam yang tidak progresif, miskin dan terkebelakang menjadi Indon dalam negeri mengEXPORT pekerja ke negeri-negeri lain, baru bawa masuk satu Tesco dah riuh sekampung.

Walaubagaimanapun kita yang mempunyai akal harus mengambil tahu supaya dapat kita membezakan mana permata mana kaca dan tidak mudah tertipu dengan pihak yang berlindung di belakang nama Islam.

No comments:

Popular Posts 30