Followers

Friday, August 13, 2010

KEJAYAAN TERBESAR PAKATAN DINIKMATI DAP SAHAJA


Gula-gula hanya membawa kencing manis setiap kemanisan hanya untuk alih dari isu kegagalan di mana kegagalan itu lebih besar daripada kejayaan bodoh mereka itu. Manis perlu dibayar dengan kencing manis, buah pinggang dan hempedu, tangan dan kaki. Setakat ini kejayaan sebenar pakatan hanya di nikmati DAP. Pakatan adalah sebuah gagasan yang gagal membela rakyat dan membawa seberang perubahan. anwar Ibrahim harus menjawabnya kelak.

Perumpamaan yang boleh dibuat antara pakatan dan BN umpama kad kredit dan pencen. kelebihan bekerja dengan syarikat pakatan senang dapat kad kredit manakala kelebihan bekerja dengan syarikat BN dapat pencen. Kad kredit keseronokannya sementara manakala pencen walaupun sedikit kelebihannya berpanjangan. Apa seronoknya saman ekor di tarik balik sedangkan rumah tempat tinggal dan tempat cari makan dirobohkan, penduduk dihalau, punca pendapatan tertutup.

Samada pakatan betul mahu berjuang untuk rakyat atau hanya memperguna rakyat untuk jadi perdana menteri dan ruang DAP berkuasa terletak di Kg Beremban dan Kg Buah Pala, Kg Jln Pokok Asam, Kg Tengah, Kg Binjai, Kg Bonggol dan juga di gerai-gerai tempat orang Melayu berniaga kecil-kecilan mencari makan untuk membesarkan anak-anak.

Kegagalan BN memberi geran kepada kampung-kampung Melayu dan India miskin dan juga gerai-gerai Melayu sebenarnya membuka ruang yang luas buat pakatan untuk membuktikan mereka adalah lebih baik dan memang berjuang untuk rakyat. Namun segalanya meleset bila pakatan naik takhta terserlah yang mereka sebenarnya lebih rakus mengaut keuntungan dan menindas orang-orang miskin tidak kira bangsa.

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Apa yang pakatan lakukan ialah memperbetulkan sistem yang tidak dilakukan oleh BN.

Kalau duduk haram - Roboh
Kalau niaga tanpa permit - Roboh
Kalau tak bayar sewa - Roboh

Kalau BN buat maka BN dianggap zalim dan tidak bertolak ansur.

Polisi BN - Bincang dulu belum tentu roboh
Polisi DAP - Roboh dulu baru cerita

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

Jeffry said...

SLMRAMADHAN AL MUBARAK & SLMT BERPUASA BROOO!! >;)

saman ekor tak nak..mkn sop ekor nak!

Popular Posts 30