Followers

Sunday, September 26, 2010

BEBASKAN PKR DARI CENGKAMAN DAP


Kalau saya menang, saya akan membantu Presiden memenuhi tanggungjawab beliau. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata. Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti? ~Zaid Ibrahim

Umum maklum anwar Ibrahim di bawah cengkaman DAP, pak turut dan pak angguk. Akibat salah laku moral dia, tidak ada peguam lain kecuali dari DAP yang mahu membela dia. Ada antara peguam-peguam DAP itu juga yang dulu bersama-sama rakyat mendakwa anwar atas salah laku moral dia.

Sejak dari itu kita melihat kejayaan dan kelicikan pencaturan DAP yang menyingkirkan pengasas dan tonggak-tonggak PKR seperti Datuk Zahrain, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dsb supaya lebih senang mereka menguasai dan membonekakan PKR, dan umum sendiri menyaksikan anwar Ibrahim tidak mampu mempertahankan sahabat-sahabat seperjuangannya itu menyedihkan lagi dia sendiri terpaksa akur dan bersama menyerang sahabat-sahabat lamanya itu.

Memilih calon daripada house of anwar seperti Azmin dan Nurul Izzah hanya akan mengutuhkan lagi cengkaman DAP ke atas PKR. Kewibawaan PKR yang tercemar dek anwar Ibrahim harus dibersihkan. Tiba masanya perlu ada check and balance dalam Pakatan yakni PKR bagun dan menunding kemuka DAP memberitahu yang DAP is nothing without PKR tiba masanya DAP dengar cakap PKR dan menghormati ahli-ahli PKR ( jangan lupa tuan-tuan, PKR banyak hilang kerusi kerana DAP). Hapuskan nepotisme dan kronisme kembalikan jati diri PKR.

No comments:

Popular Posts 30