Followers

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA DAP


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),

lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga) ~Ali Imran, ayat 103


Kepada semua umat Islam tidak kira parti dan bangsa selamat menyambut hari Raya Aidilfitri meraikan kesedihan kita meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia.

Islam mengajar dan mengajak kita bersatu padu dan berkasih sayang sesama kita. Islam tidak mengajar kita berpecah belah jauh sekali benci membenci.

Islam juga tidak pernah mengajar kita menyekat dakwah, jangan kerana berbeza pendapat kita menyekat dakwah kepada orang lain hingga kita mencemuh ulama' muda (graduate agama) yang mahu melebarkan dakwah.

Cerminlah diri sendiri yang sering menkafirkan orang, sudah berapa ramai yang kita dakwah. melolong ke sana sini memberitahu akhbar yang kita mahu dakwah si fulan itu si fulan ini tapi hingga sekarang tiada tanda-tanda si fulan itu dan si fulan ini menerima juzuk Islam seperti Hudud, jauh sekali Islam, menentang lagi adalah, balik-balik kita yang malu sendiri.

Akhir kata, kami di sini memohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. bukan lah niat mahu menambah garam ke luka tapi ingin menyedarkan saja, hanya perpaduan dan kasih sayang sesama Islam kunci negara Islam.

2 comments:

DR 1221 said...

SALAM AIDIL FITRI

paneh said...

Minal a'eedin wal fa'izin Junah.

Popular Posts 30