Followers

Thursday, September 23, 2010

ZAID HARAPAN BARU PKR


"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden,” kata Zaid.

Datuk Zaid Ibrahim yang sedang bersaing untuk kerusi timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, menganggap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “terlalu berkuasa” walaupun hanya menjadi ahli biasa di segi struktur jawatan parti.

Beliau berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR pula hanyalah sebagai “lambang semata-mata” dan justeru itu beliau akan “membela kuasa presiden” jika menang pada pemilihan parti.

Zaid sebelum ini berkata kuasa sebenar dalam PKR berpaksi kepada Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar manakala jawatan presiden dan timbalan presiden tidak membawa sebarang kuasa sebenar. [SK]
****
Kononnya

Kononnya apa memang betul pun. PKR ialah parti ikon nepotisme. Struktur parti itu akan dikukuhkan lagi dengan VP baru iaitu Nurul Izzah Anwar. Aik macam nama anak die saje. Ish bukanlah, takkan la anwar yang suci dari minyak sri murni tu nak biarkan anak dia bertanding dah la isteri dia presiden tunggul pastu anak vice presiden pula, VP kayu?. Sudah la sekarng orang dok mengata presiden tunggul sebab isteri mana boleh lawan cakap suami, takkan anak nak jadi VP pula, anak lagi lah tak boleh lawan cakap bapa, jadilah PKR ni parti monarki.

Perjuangan

Perjuangan PKR perjuangan peribadi, dulu nak bebaskan anwar dari kesalahan rasuah dan moralnya, sekarang nak jadikan dia PM pula. habis mana perjuangan rakyat? mana ada? 2008 rasuah orang suruh lompat parti lansung tak hormat rakyat. kecam penduduk bangan pinang yang memilih melalui undian, kata macam-macam takda maruah la apa la. mana ada PKR bela rakyat bela babi ada la, bak kata pepatah selicik-licik kereta tunda, licik lagi anwar tunda kes.

Zaid Ibrahim

Akhirnya ada juga orang seperti Zaid yang akan bebaskan PKR dari parti monarki kepada parti demokrasi. Kalau Zaid tak menang, tahulah memang tak bersih lah pemilihan PKR ni. Ashik bini anak menantu saja yang naik. Tu baru parti belum negara, Wan Azizah PM, Nurul Izzah TPM, Anwar ketua umum Malaysia yang bercakap anwar, PM jdi tunggul, yang berkuasa DAP, yang ashik malu sendiri PAS, tak haru biru dan kelabu negara. God Forbid lah.

JOM RERAMAI SOKONG ZAID ALAH U ALL ZAID PUN ANAK IBRAHIM JUGA APA..

1 comment:

YANG GAMBI said...

Junah, si Zaid lupa agaknya, wujudnya PKR semata-mata nak pasti etiap perbuatan mungkar Anwar tertutup serta memastikan Anwar jadi PM... dia nak mampus melangkau kepala Anwar....

Popular Posts 30