Followers

Thursday, October 21, 2010

AMK TAK BANTAH PROJEK MEGA LADANG BABI?


AMK kempen bantah bina menara 100 tingkat
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memulakan Kempen Bantah Projek Menara 100 Tingkat dengan mengumpul tandatangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen itu diadakan sebagai membantah salah satu intipati bajet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembinaan menara 100 tingkat, Warisan Merdeka. [Hrkh]
****
AMK tak bantah projek mega ladang babi?

Di Selangor, jumlah tanah yang diluluskan untuk projek kandang "encik B" lebih besar lagi. Luasnya adalah 337.09 ekar di mukim batu, Kuala Langat sebagaimana yang terkandung dalam Kertas Mesyuarat Exco MTES bertarikh 18 Februari 2009.

Tanah seluas 337.09 ekar akan diambil untuk tujuan "Modern Pig Farming, MPF" menggunakan seksyen 3 (1) (b) Kanun Tanah Negara.

Keputusan untuk mengambil tanah ini telah dipersetujui oleh Exco Kerajaan Selangor dalam mesyuarat pada 22 Julai 2009. 5 syarikat yang dikenalpasti sudah disenarai pendek untuk memajukan MPF di Kuala Langat. [angin perubahan]

Dokumen didedahkan:

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT. [baca lagi di GAP]

1 comment:

Anonymous said...

babi ebih penting dari survival melayu..menara warisan dah nampak sangat melayunya..so kena la bantah..tak bantah nti DAP marah..

Popular Posts 30

Blog Archive