Followers

Friday, October 29, 2010

GOOD JOKER VS BUTTMAN

Dakwaan pakatan sulit: PAS sifatkan Zulkifli Noordin ‘joker’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
October 29, 2010

GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Zulkifli Noordin sebagai “joker” ekoran dakwaannya bahawa PKR dan DAP mengadakan “kontrak rahsia” bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. [MI]

Dewan Rakyat: Zulkifli Dedah Perjanjian Sulit DAP-PKR

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen Bebas Khamis mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. [Rujuk]
****
Buttman: "Better put 20 cents in the meter."
Az-mean: "No policeman's going to give the Buttmobile a ticket."
Buttman: "This money goes to DAP. They lied on the free weekend parking,,, and everything."

No comments:

Popular Posts 30

Blog Archive