Followers

Saturday, October 23, 2010

GUAN ENG MENGGANAS


MPPP rampas barang peniaga

GEORGETOWN – Akhirnya barangan peniaga di Lebuh Sungai Pinang 1 dirampas juga oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Peniaga, Rusidah Che Daud berkata, ketika itu dia baru sahaja mahu memulakan perniagaan menjual lauk pauknya dan secara tiba-tiba pegawai penguat kuasa MPPP datang dan merampas barangan miliknya.

Menurutnya, dia yang pada ketika itu bersama dua adik beradiknya hanya mampu melihat pegawai tersebut merampas barangannya.

“Mereka langsung tidak kasihan dengan kami, harga kanopi yang mereka rampas itu mencecah RM400, mana lagi kami mampu cari dan beli sama seperti itu.

“Kenapa mereka datang secara tiba-tiba kerana sebelum ini kami sudah berikan surat pertanyaan dan juga berjumpa dengan mereka, tetapi mereka yang tidak mahu jumpa dengan saya, apa lagi yang saya mahu buat,” katanya.

Sementara itu seorang lagi peniaga, Zulkifli Ismail berkata, kanopinya pula diperoleh daripada hasil sumbangan rakan.

Dia kesal dengan sikap MPPP kerana mengambil barangan peniaga kerana pihak berkuasa terbabit belum berjumpa mereka dan berbincang.

“Saya sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang menimpa kami walaupun perkara ini sudah diberitahu wakil rakyat dan juga Bahagian Perlesenan MPPP tetapi mereka masih tidak mengambil peduli nasib kami,” katanya. [SH]

No comments:

Popular Posts 30

Blog Archive