Followers

Sunday, October 10, 2010

KENAPA SELEPAS DUA TAHUN

Apakah perasaan anda bila anda menghampakan perasaan seseorang yang menaruh harapan tinggi kepada anda, lebih-lebih lagi orang itu ibu bapa anda. Bagaimana pula pandangan masyarakat yang memandang tinggi kepada anda dan ibu bapa anda, tiba-tiba anda tidak mampu mencapainya dan memberikannya. Kecewa, celaru, takut, hilang arah, hilang keyakinan? Itulah sebahagiannya.

Namun tahukah anda perasaan begitu mendedahkan diri anda kepada pemangsa. Pemangsa boleh menguasai anda dan meminta anda melakukan apa saja untuk mereka. Rela atau tidak, anda yang bercelaru dan hilang keyakinan pada waktu itu akan menurut saja. Itulah yang berlaku kepada SESETENGAH junior dalam bidang pekerjaan, begitu juga yang belum confirm (dalam jawatan). Takut hilang pekerjaan kerana sekarang susah nak dapat kerja. Takut hilang pekerjaan kerana tidak ada kelayakan untuk mendapat kerja di tempat lain. Tempat itu saja yang sanggup ambil anda bekerja dengan gaji begitu.

Begitupula jika anda tidak dapat tamatkan pelajaran di Universiti? separuh jalan kemudian diberhentikan. Apa perasaan anda? bagimana hendak menghadapi ibu bapa anda? bagaimana hendak menghadapi masyarakat? Keliru? Celaru? Tolong-tolong! Tiba-tiba ada orang menghulur tangan ingin membantu. Ah! "Kerja dengan saya, saya beri anda RM3000". Budak graduate pun baru dapat 1800- di tempat biasa, kurang-kurang terubat hati ibu bapa anda, boleh juga membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak tamat pelajaran pun dapat kerja gaji banyak.

Yang bernasib baik dapat majikan jujur dan tidak ada niat serong. Yang tidak bernasib baik mungkin akan di manipulasi dipergunakan atau mungkin diambil kesempatan. Saya tak tahu.... Mahu lapor akibatnya hilang kerja, teruskan akan diambil kesempatan.

Satu hari keyakinan anda yang dulu kembali, mungkin selepas 7-8 kali kena atau selepas dua tahun dipaksa menipu. Tapi keyakinan anda sudah kembali, anda sudah tidak bercelaru dan keliru lagi. Cukup setakat ini. Anda mahu bangkit, anda mahu bebas, anda mahu lawan. Lalu anda bertindak selepas 8 kali kena atau selepas dua tahun.

Namun anda harus menghadapi masyrakat rendah intelek yang tak faham anda lalu mempersoalkan kenapa baru sekarang mahu bertindak.

No comments:

Popular Posts 30

Blog Archive