Followers

Sunday, October 31, 2010

Misteri suara remaja menangis


KULIM - Kemunculan lembaga perempuan dengan keadaan rupa yang hodoh dan tubuhnya ditutup kain putih dilihat berlari dan ada kalanya menangis terutama menjelang waktu tengah malam membuktikan kejadian separa normal ini wujud di puncak tangki air di sebuah taman perumahan di sini.

Seorang penduduk yang juga peniaga di sekitar taman itu, Mohd Shukri Abd Rahman, berkata, dia pernah terserempak dengan lembaga itu beberapa kali dan menyifatkan kehadiran lembaga itu adalah antara petunjuk di mana kemungkinan roh seorang remaja perempuan yang mati kira-kira 30 tahun lalu meminta pertolongan.

Katanya, kejadian berlaku sekitar 30 tahun lalu pada 1990-an, apabila seorang remaja perempuan belasan tahun dirogol di kawasan itu dan kemudiannya dibunuh. Apa yang lebih menyedihkan, mayat mangsa dikatakan dihumban ke dalam tangki air itu sehingga ia reput.

“Sekitar 90-an penduduk di sekitar taman ini mendapati air yang disalirkan ke rumah mereka berbau busuk.

"Setelah membuat pemeriksaan mereka menemui mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan reput,” katanya.

Menurutnya, dia sering terdengar bunyi dentuman seperti ada orang memukul di sekeliling tangki air itu. Katanya, taman itu mula diterokai pada 1985 dan siap keseluruhannya pada 1987 dan pada 1988, taman itu mula didiami penduduk.

Selain itu, dia juga pernah terdengar suara seperti perempuan menangis di hujung tangki air terutama ketika cuaca panas.

Menurutnya kejadian dan kemunculan roh perempuan ini seakan-akan ingin meminta pertolongan atau merintih kesedihan terhadap perlakuan yang berlaku terhadap di�rinya.����

“Kali terakhir saya nampak lembaga itu beberapa bulan lalu. Ia tidak mengganggu sesiapa dan hanya berlegar di sekitar tangki air. Tangki air itu berukuran 24.38 meter persegi dan ketinggiannya 21.36 meter.

"Cerita ini diceritakan dari mulut ke mulut tetapi kehadiran mistik yang ada di tangki air ini memang benar kerana saya pernah nampak. "Saya juga dimaklumkan ada penduduk yang tinggal lama di taman ini masih menyimpan gambar atau keratan akhbar mengenai penemuan mayat itu,” katanya ketika ditemui.�

Dia menasihatkan kepada kanak-kanak supaya tidak bermain di sekitar kawasan tangki air kerana ia dianggap keras. Sehingga kini beberapa penduduk yang ditemui mengakui kejadian itu.
[SH]

No comments:

Popular Posts 30

Blog Archive