Followers

Friday, October 8, 2010

PAS MAKIN MENYIMPANG

Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.~harakahdaily.net

Yang Hak Tidak Boleh Bercampur Dengan Yang Bathil

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 42)

Mana mungkin syariat Islam itu dapat ditegakkan dengan cara yang bathil, iaitu dengan memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi yang jelas sekali membelakangkan Allah SWT sebagai as-Syari’ (pembuat hukum). Sebagai saudara seIslam dan seperjuangan, kami ingin mengingatkan saudara kami di PAS agar kembali ke jalan yang telah di tetapkan oleh Rasulullah dalam memperjuangan Islam. Kami melihat bahawa PAS yang dahulunya berusaha untuk menegakkan syariat Islam dengan slogan-slogan Islam, kini sudah mula kendur dan sedikit demi sedikit telah berkompromi dengan kebathilan. Manakan tidak, untuk menegakkan syariat Islam (merujuk kepada petikan di atas), PAS malah perlu mendapat kesepakatan daripada ‘kawan-kawannya’ yang sememangnya tidak akan merestui berdirinya Islam sebagai wadah yang syumul secara bernegara. Kalau pun mereka (PKR dan DAP) setuju, ianya mungkin hanya dalam aspek-aspek tertentu sahaja yang tidak akan merugikan kemaslahatan mereka.

Ingin juga kami mengingatkan PAS sebagai sebuah Parti Politik Islam, bahawa hari demi hari, mereka kian mencampuradukkan yang Hak dan Bathil ketika memperjuangkan Islam dalam wadah Demokrasi. Jika UMNO berkompromi dengan kebathilan, ia tidaklah begitu menghairankan. Ini kerana, kewujudan UMNO itu sendiri adalah sebagai sebuah parti yang sekular dan diasaskan kepada assabiyyah. Tetapi jika ini berlaku kepada PAS, ianya amatlah menyedihkan kerana PAS merupakan parti yang diasaskan atas semangat dan ruhiyyah Islam. Ingin juga kami ingatkan kepada rakan seperjuangan kami di dalam PAS – apa yang sedang berlaku dalam konteks kompromi ini begitu jelas sekali sehinggakan Tun Dr. Mahathir, yang bukan merupakan seorang pemimpin yang memimpin atas landasan Islam, telah mengatakan bahawa PAS cuba berkompromi (dengan kebathilan) demi kuasa politik. (baca: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-nik-aziz-compromises-islam-for-political-power/)

Berkenaan seorang Paderi di Barat yang menyarankan agar syariat Islam digunapakai dalam perundangan tidak boleh dijadikan sebagai batu asas bagi kita untuk menerapkan Syariat Islam. Ini kerana, saranan paderi itu bukanlah datang daripada kesedarannya tentang perintah dan larangan Allah. Manakala kita perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan tanpa dolak dalih.

Oleh itu, kami ingin menyeru PAS sebagai sebuah parti Islam agar:

Pertama, keluar daripada perjuangan (baca: perangkap) demokrasi yang sememangnya tidak menguntungkan dakwah dan perjuangan Islam sama sekali. Ini akan menjadikan PAS bebas daripada sikap berkompromi dengan parti kufur mahupun munafik.

Kedua, menjadikan metode (tariqah) Rasulullah SAW sebagai tauladan (standard) dalam usaha untuk menegakkan Daulah Islam yang diidam-idamkan. (rujuk SN bertajuk; Metod Dakwah Hizbut Tahrir).

Kami yakin dan pasti bahawa kemuliaan Islam akan segera terzahir ketika kelak syariat Islam diterapkan secara kaffah di muka bumi ini. Dan ia hanya akan dapat direalisasikan jika kita mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW kepada kita, tanpa berkompromi dengan kebathilan. InsyaAllah dengan pertolongan Allah SWT semua itu akan dapat diraih. Allahumma Ameen. ~jebbat.blogspot.com
****
Junah: Ini email yang selalu ana terima. Ulasan ana, orang yang berilmu dan berakal tidak mudah terperangkap dengan retorik slogan-slogan Islam PAS. Orang berakal dan berilmu tidak mudah ditipu oleh PAS.

PAS hanya sebuah parti politik yang menggadaikan Islam untuk undi. Jika tidak masakan mereka boleh berkompromi dengan DAP dan PKR yang jelas lebih teruk menolak Islam, hingga menghalalkan murtad atas dasar hak asasi manusia.

Penyelesaiannya kita harus mengukuhkan parti yang dominon supaya menjadi lebih kuat. Jika kita tidak mengundi mereka akan menguasai kita. Andai kata PAS mampu dominasi pakatan, kita pilih PAS, namun jelasnya PAS sekarang bukan PAS zaman Allahyarham Ust Fadhil Noor, PAS sekarang hanya parti tempelan, adakah rakyat buta?. Sokong PAS hanya menguatkan DAP!

1 comment:

ddinbunga said...

Salam, Syariat, Aiqidah, munakahat, Jinayat semua dah lengkap diamalkan oleh kerajaan BN hanya sebilangan nya saja yang belum dilaksanakan kerana faktur negara berparlimen, itu pun sedikit demi sedikit sedang diusahakan.

Jadi apa peranan PAih selain mempurak puranda kan sistem sedia ada agar kewujudan PAih di Malaysia ini dipandang relevan tidak lah MATI KUTU.

Popular Posts 30

Blog Archive