Followers

Wednesday, November 17, 2010

FATWA HARAM JUAL TANAH MELAYU APA KATA PAS

Cadangan fatwa haram jual tanah Melayu Pulau Pinang

PULAU PINANG 11 Nov. - Para ulama di negara ini disaran bermuzakarah untuk mengeluarkan fatwa melarang tanah milik orang Melayu di negeri ini dijual kepada bukan Islam.

Ia bertujuan membendung masyarakat itu daripada terus terpinggir akibat pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan yang semakin rancak berlaku dewasa ini.

Cadangan itu dilontarkan oleh seorang peserta forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaiannya?' dalam sesi soal jawab dengan ahli panel, di sini malam tadi.

Peserta berkenaan mengambil contoh di Palestin, ulama-ulamanya pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya menjual tanah orang Palestin atau menjadi orang tengah dalam urusan penjualan itu dalam apa bentuk sekalipun.

Salah seorang ahli panel forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang itu, Mohd. Azmi Abdul Hamid ketika mengulas cadangan peserta itu berkata, ia tidak seharusnya dipandang ringan berikutan kedudukan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang boleh dianggap kritikal. [Utusan]

Aku sokong cadangan ni, Apa kata PAS?

No comments:

Popular Posts 30