Followers

Thursday, November 25, 2010

PENDATANG DI NEGARA SENDIRI

Perkahwinan Tertangguh-tangguh kerana Tiada MyKad

KANGAR: “Saya menasihati bakal suami supaya mencari gadis lain jika tidak sanggup menunggu saya mendapat kad pengenalan atau MyKad.

“Saya memahami perasaannya yang lama menunggu, malah kami sudah bertunang sejak dua tahun lalu dan beberapa kali menangguhkan proses perkahwinan kerana ketiadaan MyKad,” kata seorang gadis, Shahida Othman, 22, semalam.

12 tahun tunggu MyKad!

Katanya, dia dan tunangnya, seorang anggota tentera di Kem Majidee, Johor, sepatutnya sudah lama melangsungkan perkahwinan dan rancangan untuk berkahwin pada 15 November lalu, juga terbantut kerana gagal mendapatkan MyKad yang dipohon sejak 12 tahun lalu.

“Ayah, Othman Omar, pula menetapkan tarikh baru iaitu Januari ini untuk pernikahan saya, tetapi jika permohonan mendapat MyKad dalam tempoh berkenaan gagal, saya berserah kepada takdir dan rela dilepaskan daripada ikatan pertunangan seterusnya gagal bergelar seorang isteri.

MyKad ditambah sebagai syarat sah nikah

“Jurunikah di sini enggan melangsungkan perkahwinan kerana status saya yang tidak mempunyai pengenalan diri.

“Lebih malang saya digelar gadis tanpa negara walaupun seorang rakyat tempatan dan dibesarkan di Malaysia,” katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Wang Kelian, dekat sini.

Shahida yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, kakaknya, Zulzalina, 27, dan dua adiknya berusia 14 dan 10 tahun, mempunyai MyKad dan sijil lahir, cuma dirinya masih tanpa negara selepas ibunya, Shamsiah Desa, 45, melahirkannya di Wang Prachan, Satun, selatan Thailand 22 tahun lalu.

Katanya, dia tidak yakin proses MyKad dapat dikeluarkan pada Januari tahun depan dan berserah kepada Allah yang menetapkan jodoh perkahwinan dan berharap keluarga bakal suaminya terus bersabar.

Tidak dapat sambung belajar walaupun keputusan baik

Shahida berkata, ketiadaan MyKad turut menjejaskan cita-citanya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk ke tingkatan enam serta menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) beberapa tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda, Padang Besar itu berkata, atas inisiatif guru, dia dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan memperoleh keputusan baik.

“Selepas keputusan SPM dengan memperoleh lima kepujian, saya terus membatalkan hasrat melanjutkan pelajaran kerana setiap calon perlu mempunyai Mykad untuk menduduki STPM.

Kemungkinan jadi anak dara tua

“Kini masalah sama berulang dan saya bimbang kemungkinan besar menjadi anak dara tua jika gagal mendapatkan MyKad,” katanya yang kini menjadi pembantu kedai makan milik Zulzalina di Wang Kelian.

Shahida hanya bergantung kepada salinan sekeping resit iaitu penerimaan permohonan mendapatkan kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai pengenalan diri dan tidak mampu bergerak jauh kerana bimbang ditahan pihak berkuasa. [HM]

Karenah birokrasi yang menganiaya rakyat... Susah nak jalani kehidupan biasa, tertangguh-tangguh nak berkahwin, terhalang daripada sambung belajar, kalau diberi peluang nasibnya mungkin lebih baik. Akhir sekali yang ambil tahu masalah rakyat ialah wartawan :-w

3 comments:

Jeffry said...

ORG2 DI JABATAN PENDAFTARAN KENE LA AMIK PERHATIAN SKET WEIIIIIII!!!..TAK KAN LA PASANGAN TU SAMPAI NAK KENE JUMPA SINDIKET PEMBUAT I.C PALSU PULAKKKK!..KESIAN LA SKET WEIIII!!!..ATAU AKU CADANGKAN PASANGAN TU JUMPA YB UTK MINTA TLG SELESAIKAN MSLH DIORANG TU..APE GUNA ADA YB TUL TAK BRO!

Anonymous said...

Cuba kita datang ke JPN dan jenguk-jenguk kat bahagian kewarganegaraan, pasti ramai orang yang nampaknya bukan orang sini yang sedang beratur minta jadi warganegara kot. Ada macam india, ada macam cina, ada stail macam indon.... tak kan mereka tak dapat ... saya difahamkan ada pegawai bahagian warganegara tu orang Cina .... jadi, fikir-fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Tak lama dulu menteri gi Sarawak serat MyKad, yg ni menteri tak samggup bantu ke ?

Ade YB BN yg nak tolong ?

Popular Posts 30