Followers

Saturday, December 4, 2010

3gp: KG TELUK KUMBAR BAKAL TINGGAL KENANGAN


Penduduk Kg. Teluk Kumbar bantah

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 29 Nov. - Lebih 60 penduduk Kampung Teluk Kumbar di sini hari ini berhimpun di pekarangan rumah masing-masing bagi membantah tindakan pemaju untuk meroboh kediaman mereka bagi memberi laluan kepada projek pembinaan hotel.

Semua penduduk berkumpul seawal pukul 9 pagi untuk mempertahankan rumah mereka yang didakwa berasal lebih 100 tahun lalu setelah menerima maklumat kampung mereka akan dirobohkan pemaju,
KL Metro yang hadir diiringi peguam syarikat dan bailif mahkamah.

Lebih menguatkan lagi tindakan meroboh rumah itu akan berlaku, apabila sebuah
jentera meroboh turut kelihatan di pekarangan luar kampung dan kawasan kampung turut dikawal ketat oleh anggota polis dan Unit Tindakan Ringan (LSF). [Rujuk]

Ish ish ish Guan Eng :@) tu baguih la, ni M.... nak pinjam kereta, anytime dia bagi. (Memang la bukan kereta dia, kereta kerajaan negeri, minyak pun dia claim duit kerajaan negeri).

Ish baguih sungguh Guan Eng :@) tu orang panggil makan kenduri tak pernah tolak. (Makan free bukan kena bayaq pun sapa pun mai)

YB J.... dulu nak minta sign cukup susah muka sombong, ni Guang Eng :@) cukup senang nak bagi tanda tangan muka tak penah tak senyum. (Erk... tanam tebu tepi bibir, tu la yg masalah YB UMNO ni, sombong!)

Lagi Penang tak dapat sepenuhnya ke DAP dia akan bekorban apa saja untuk kaburi mata rakyat. Takkan kita tak nampak kalau pun tak percaya akhbar, setiap kebaikkan DAP beri, rakyat kena bayar dengan harga yang cukup mahal, selalunya tanah. Sampai sekarang tidak ada penempatan Cina dan tempat Cina cari makan yang disentuh sepanjang 3 tahun DAP perintah.

Dulu bila BN guna polis, puak pembangkang maki hamun polis dan ada yang panggil polis anjing dan binatang dalam baju biru, sedangkan polis hanya menurut perintah. Tapi bila Guan Eng :@) dan DAP guna polis di Pulau Pinang dalam banyak acara, robohkan Kg Buah Pala, Kg Tg To'kong, Kg Teluk Kumbar, Gerai tempat Melayu cari makan, tak ada suara dari PKR mahupun PAS mengutuk tindakan DAP tersebut.

Dalam banyak-banyak akhbar, hanya Utusan mengenengahkan masalah orang Melayu, nak harapkan suara keadilan ashik bicara pasal anwar, keluarganya dan kroninya, Harakah pula cucuk bagi Melayu berpecah belah dan benci membenci... Isle? Belilah utusan setiap hari, wadah perjuangan bangsa.

2 comments:

Jeffry said...

UTUSAN PENYAMBUNG WARISAN KETUANAN MELAYU..SIN CHEW PLAK KITAB KOMUNIS DAN PEGANGAN LIM KIT SIYAL!..SEDOR2 LA WAHAI ORG MELAYU WEIII..ADOIYAIIII

Anonymous said...

tak ditanye di kubur nanti apa bangsa mu...perjuangan kerana Allah..dan islam agama yang disisinya..tak kisah kamu bangsa ape sekalipun..bila mane kamu islam, insyaallah kamu tahu hak2 kamu sebagai insan..bukan sebagai melayu...

Popular Posts 30