Followers

Wednesday, February 3, 2010

GUAN ENG MAKIN DITOLAK WPUN ADA YG JILAT


Kisah Tolak

1,000 dijangka keluar DAP

BUTTERWORTH: Perasaan kurang senang dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di kalangan akar umbi DAP di negeri ini dikatakan sudah memuncak dengan ramai dijangka keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan, mendakwa lebih 1,000 ahli DAP, majoritinya penyokong kuat parti itu yang berusaha keras pada pilihan raya umum lalu dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya, ahli DAP terbabit memberitahunya mereka hilang kepercayaan terhadap Guan Eng yang banyak berubah sejak memegang jawatan Ketua Menteri, berbanding sebelum memenangi Pilihan Raya Umum lalu. [RUJUK]


Kisah Jilat

Ooi desak PKR hukum dua wakil rakyat kecam Ketua Menteri

GEORGETOWN: Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan tindakan tegas terhadap dua Ahli Parlimen parti itu yang mengecam kepemimpinan Lim Guan Eng.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

“Tan menuduh Ketua Menteri tidak ada class sedangkan hakikatnya beliau yang tidak ada class kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan projek bagi ahli keluarga sendiri," dakwanya pada sidang media di sini, semalam.

Kritikan pedas Tan itu menyusul beberapa hari selepas Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. [RUJUK]

Eh betullah Zahrain tu.

Tuesday, February 2, 2010

BENARKAH PENDUDUK P.P SENANG DITIPU?

Guan Eng dicabar dedah nilai tender kontraktor Melayu

PULAU PINANG 1 Feb. - Kerajaan negeri dicabar mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender ditawarkan kerajaan negeri tidak mencerminkan senario sebenar sistem secara terbuka itu.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran telus, nilai tender yang telah diberi kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu perlu didedahkan kepada orang ramai.

"Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.

"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. [RUJUK]


Khabarnya Salleh Man tidak mendapat jawatan dalam MAIPP yang dijanjikan DSAI, begitu juga ex-penduduk Kg Buah Pala yang telah dihalau, dan penduduk kaw perumahan hijau Mak Mandin dan pengguna tol Sg. Nyior masih kena bayar tol dan .... dan ... dan ... dan ...

Popular Posts 30