Followers

Thursday, April 29, 2010

TAKTIK PERKAUMAN DIGUNA PAKATAN



anwar kata,"Najib punya officer cakap, orang Cina balik Tongsan, orang India kuli mari".




Nizar kata, "Najib mau basahkan keris dengan darah orang-orang Cina".

Caught in the act, gabungan anwar dan Nizar di Hulu Selangor sedang hembus api perkauman, bakar hati orang Cina.

Apa motif mainan politik anwar dan Nizar? Takkan mahu undi sampai meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan?

Mereka mahu 13 Mei kedua berlaku, kemudian kedua-dua mereka ini cabut lari keluar negara, tinggal kita (rakyat) jadi mangsa keadaan.

Pernah ada blog tulis Nizar laknatullah, patut lah.

Wednesday, April 28, 2010

WOULD LIM GUAN ENG RESIGN IF ANWAR AND RAYER DOES NOT HONOUR THEIR KG BUAH PALA PROMISE

Would Lim Guan Eng resign as CM of Penang if anwar and Rayer does not honour their Kg Buah Pala promise?

The immediate question facing the DAP is whether the CM of Penang, Lim Guan Eng would resign if anwar and Rayer does not honour their 2008 general election promise to the poor of Kg Buah Pala.

On the eve of the 12th general election, anwar and Rayer made the campaign promise in Kg Buah Pala to give the poor Indian of Kg Buah Pala to keep their home declaring. [refer video]


"two weeks after we win, the CM (Lim Guan Eng) or his representative will come down here and settle this matter, I (anwar) give U my word."

The voters of Kg Buah Pala give their votes to DAP and DAP wins Penang.

Malaysians are waiting to see whether anwar and Rayer would honour their pledge to help the poor of Kg Buah Pala to keep their home and if not, what would be the response of the CM of Penang, Lim Guan Eng to prove his Malaysian first, Chinese second?

Owh, 17 months after DAP took over Penang, Lim Guan Eng destroys the 100 years old Kg Buah Pala and sent away its settlers. Astonishingly, till today Lim Guan Eng is still the CM of Penang :O

Tuesday, April 27, 2010

APA NIK AZIZ BUAT DI HULU SELANGOR?

"Untung betul Yahudi itu dapat mati berselimut jubah tuan," Saidina Umar al Khattab.

"Abdullah Bin Ubai tidak selamat walaupun memakai jubah saya, jubah saya tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun. Apa yang menyelamatkan seseorang dari seksa neraka adalah iman dan amal nya sendiri," Baginda Rasul SAW.

Reformis PAS mengedarkan risalah ingatan, jika pangkah PKR (Zaid Ibrahim) maka bersekutu hina Islam. Apa TG Nik Aziz buat di hulu Selangor? Ada usikan mengatakan dia didatangkan khas untuk menyucikan dosa Zaid Ibrahim.

Daripada kisah Abdullah Bin Ubai dan jubah Rasullullah SAW ini dapat kita fahami, tidak ada jubah mahupun selipar sesiapa pun boleh menyelamatkan seseorang dari dosanya melainkan iman dan amalnya sendiri.

Sebenarnya jangan sesekali memperbodoh-bodohkan pengundi. Memang di sesetengah tempat taktik memperbodohkan pengundi berjaya namun di tempat lain akan terkena balik kepada tuan empunya.

Monday, April 26, 2010

BILA SUDAH KALAH


Ko wei lai peng, Ta chia hau...... Sie-sie sie-sie,

Tahniah kepada Kamalanathan atas kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Meskipun selepas ini anwar dan Pakatan akan dakwa, BN menang undi Pos, 35 biji bas bawa pengundi hantu, rasuah atau beli undi, kalau kira di pusat undi kita menang, bila pindah ke pusat kiraan kita kalah, peratus keluar mengundi kurang sebab sabotaj dan provokasi. Kemudian beberapa laporan polis dibuat untuk sedap hati.

Yang jelasnya kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik peribadi, dendam, flip flop dan perkauman acuan pimpinan Pakatan.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Selangor yang lebih gemilang.

Padan muka anwar.

Kamala pastikan pengundi Hulu Sngor tidak menyesal!

Sunday, April 25, 2010

HS PAKATAN MAHU BODOHKAN ANDA

Sugul

Pengundi Hulu Selangor,

Ceramah terdesak Pakatan malam ini cuba mengalihkan isu penting bagi anda dan Selangor kepada isu yang kurang penting bagi anda dan Selangor. Mereka cuba memperbodoh-bodohkan anda.

Isu berkaitan Selangor tidak disebut dan diberi penjelasan seperti hutang talam, kegagalan mengutip keuntungan jual pasir, ekonomi Selangor yang lembap, gagal bina Uitm Serendah, kerugian Unisel RM 20 juta, isu berkaitan Islam, wang zakat, penjualan beer di kawasan Melayu, dan pertambahan rumah urut di Selangor.

Walhal ia lebih penting bagi anda dan berkaitan secara langsung dengan anda dan Selangor.

Sebaliknya mereka mengalihkan tumpuan anda kepada isu lapuk, abstrak dan tidak jelas bertujuan mengelirukan anda. Isu APCO, isu Maruah, Selamatkan Malaysia, isu hantu Altantuya dan isu pengundi hantu.

APCO? cuba lawat blog anwar dan lihat sendiri penglibatan beliau dengan Zionis Amerika, apa besar sangat isu APCO ini? anwar sendiri gagal jawab isu dia dalam lingkaran zionis [rujuk].

Isu Maruah? Maruah Melayu makin tercalar setelah DAP berkuasa, di Selangor sendiri anda boleh saksikan pelbagai peristiwa seperti kuil Hindu yang mahu dipindahkan pakatan ke kawasan melayu, Ronnie Liu yang marah pegawai PBT merampas arak di kawasan Melayu (Shah Alam) dan peningkatan rumah urut di Selangor. Kenapa maruah Melayu tidak dipertahankan ketika itu?

Selamatkan Malaysia? selamatkan dari siapa? agen zionis dan singapura, PKR dan DAP. Selama ini Malaysia walaupun tidak gah dengan senjata perang namun berpendirian tegas dan dihormati negara lain. Anda boleh ke blog anwar dan lihat sendiri ceramah nya di luar negara yang tak habis-habis memburukkan Malaysia, pemimpin macam ini mahu selamatkan Malaysia?

Isu hantu? apa bodoh sangat penduduk Hulu Selangor hendak ditakut-takutkan dengan hantu Altantuya dan pengundi hantu? siapa Altantuya ni, seorang yang being at the wrong place at the wrong time sahaja, bagaimana nasib Nurin Jazlin, seorang kanak-kanak rakyat Malaysia, kenapa tiada pembelaan dari Pakatan kalau mahu jadi hero?

Pengundi hantu, ini takda modal punya orang. Masih dalam state of denial. Abaikan.

"Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi. [sk]

Perhatikan angka 30 000. Sebelum ini dikahbarkan [rujuk] PAS telah menggerakkan 30 000 orang unit amalnya dari luar Selangor untuk membantu pakatan di H Sngor. O jadi tahulah kita di mana 30 000 orang itu ditempatkan, untuk meramaikan ceramah anwar dan pakatan yang tak laku ni.

Saturday, April 24, 2010

PKR TERSEDAK, AMAT TERDESAK


Najib, Muhyiddin Di Hulu Selangor Sekali Gus Bukti Umno-BN Amat Terdesak
Oleh Sidiqin Omar
KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - "Kita tidak pernah melihat sebuah pilihan raya kecil yang menyaksikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terpaksa berada dalam kawasan pilihan raya pada masa yang sama". Ini adalah kerana kebangkitan rakyat yang jelas menentang Umno-BN amat menakutkan Najib. -Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. [SK]

Anwar sejak belum umum calon sudah berkempen di Hulu Selangor, Pakatan siap pakai lori berkempen sebelum penamaan calon, siapa terdesak ni? Dah tu bawa Nik Aziz baru balik Mekah punya terdesak. Nik Aziz nak melawat sultan pura-pura sakit nak sokong liberal sihat pula.

"Selain itu, negeri Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan Razak berjaya mengawal perbelanjaan dan menarik pelaburan sehingga mempunyai lebihan perbelanjaan negeri sebanyak RM18 juta." [Suara Gila Kuasa] .

Kah, kah, kah itu Kedah, negeri Pakatan bebas DAP dan PKR, bawah Ustaz Azizan bukan bawah Khalid Ibrahim. memang terdesak sangat sebab ekonomi Selangor gagal dan lembap tak lama lagi akan melingkup kerana ikut telunjuk DAP dan penasihat seringgit.

Lihat saja air muka gusar anwar dan bilangan pengunjung yang ciput ke ceramahnya. Kebangkitan rakyat tolak DAP dan PKR amat menakutkan anwar. Dia sudah tiada isu, ini bukan Kg Buah Pala, ini Hulu Selangor, penduduk Hulu Selangor tidak mudah ditipu!

Selangor BANGKIT selangkah ke arah bebas DAP PKR

SEDIKIT TIPS MENGHADAPI ANWAR DAN PAKATAN



Pengundi Hulu Selangor,

Esok (24 Apr) ada aturcara kempen peringkat akhir PKR untuk PRK H. Sngor. Sebelum anda ke ceramah mereka atau didatangi mereka ke rumah anda, anda harus bersedia dengan mind set yang betul supaya tidak ditipu hidup-hidup oleh anwar dan kawan-kawannya.

1. Anda harus tahu beza isu nasional dan isu tempatan khususnya H. Sngor dan Selangor itu sendiri.

Isu tempatan seperti dalam posting sebelum ini antaranya, isu pasir, isu Talam, isu kerugian Unisel, isu beer dan rumah urut, isu Uitm Serendah, kuil seksyen 19, duit zakat yg mahu diberi kepada bukan Islam dll. Manakala isu Apco, hilang enjin jet, kapal selam tak boleh selam ialah isu nasional. Anwar dan kawan-kawannya akan cuba mengelirukan anda untuk lari dari isu sebenar (kerana kegagalan PKR memimpin Sngor) dengan mencampur adukkan isu tempatan dan isu nasional, ingat! ini PRK khas untuk anda bukan pilihan raya umum.

2. Jika anwar mula bercerita isu APCO.

Anda harus tahu anwar adalah sahabat baik zionis dan diberi jawatan yang hebat-hebat dalam organisasi zionis dunia seperti bank dunia, foundation of the future, NED, pensyarah id sana sini dan lain-lain. Menjadi hak anda untuk tanya dia balik, macammana dia dapat jawatan tersebut dan kenapa dia diberi layanan yang sungguh istimewa oleh zionis Amerika?

3. Jika anwar cerita DS najib pergi jumpa Obama.

Anda harus tahu baru sekali DS Najib buat begitu, sedangkan anwar pada tahun lepas sahaja acap kali pergi menyembah Al Gore, Medeline Al Bright, Paul Wolfowitz? Sekejap-sekejap pergi luar negara jumpa Al Gore, sekejap-sekejap jumpa wolfowitz. Sampai Aidil fitri tahun lepas orang sibuk beraya dengan keluarga dia keluar negara jumpa Al gore.

4. Jika anwar bercerita tentang ketidak adilan mahkamah dan sistem perundangan di Malaysia.

Anda harus tahu satu-satunya makhluk yang diberi kelonggaran dan layanan istimewa oleh mahkamah ialah anwar Ibrahim, malahan dia dibeberapa tempat telah mengeluarkan kenyataan menghina mahkamah dan dia terlepas begitu sahaja tanpa tindakan. Lihat sajalah kes nya yang tertunda-tunda sampai sekarang. Begitulah keistimewaan yang diberi mahkamah terhadap anwar tidak pada orang lain.

5. Jika anwar bercerita tentang Nepotisme dan adik DS Najib.

Anda harus tahu presiden PKR ialah isteri anwar dan salah seorang ahli parlimen PKR ialah anaknya, Nurul Izzah. Lim Kit Siang lim guan Eng (anak beranak)dan menantunya, Karpal Sigh dan Gobind Sigh ialah anak beranak juga. Ariffahm dan TG Nik Aziz ialah anak menantu.

6. Wakil dari PAS akan bercakap mengenai Islam, memang anda akan terpegun kerana Islam itu memang indah, tapi anda harus tahu PAS dan Islam ialah entiti berbeza.

Islam memang Indah, PAS yang bersama PKR dan DAP tidak indah. Anda harus tanya apa sudah jadi dengan janji mahu tutup kilang arak, amal makruf nahi mungkar? kenapa beer boleh jual di Shah Alam, rumah urut makin banyak di Sngor?

7. Jika anwar mula mencabar pemimpin BN untuk tunjuk jantan.

Anda harus tahu, anwar sampai sekarang tidak berani bersumpah, jadi tak usah bicara soal jantan. "Round satu Malaysia boleh nak bersumpah 2-3 minit tak boleh" Ezam.

8. Berhati-hati anwar akan jawab soalan dengan soalan kalau dia sudah dicheck mate oleh soalan anda (rujuk video di atas).

Anda sentiasa kena ingat kan dia dengan berkata, "Datuk Sri tidak menjawab soalan kami", dan jika tekanan anda kuat dan dia sudah terkantoi kemungkinan dia akan cabut lari seperti yang berlaku di Parlimen antara dia dan DS Zahrain.

9. Jika anwar persoal degree Kamalanathan.

Anda tanya SRP dato' Mahfuz.

10. Jika PAKATAN dan anwar mula menunding jari kepada kerajaan pusat atas kegagalan mereka (Pakatan) menyelesaikan isu di Sngor.

Anda bagi tahu mereka, "kami orang Hulu Selangor, bukan orang PAS Kelantan, kalau nak menang negeri kami, lepas tu nak makan elaun, nak ambil hasil bumi kami, kemudian nak ceramah dan pembangunan suruh kerajaan pusat buat, dengan hormatnya sila balik dan bertanding di kawasan PAS Kelantan."

Baca surah Al Kahfi banyak-banyak malam ini. Selamat mengundi.

Friday, April 23, 2010

JIKA ANWAR KE TEMPAT ANDA


Penduduk Hulu Selangor,

Jika anwar dan rakan-rakannya berkempen di tempat anda dan mula membebel pasal proksi BN, sijil SPM Kamalanathan, Kamalanathan cium tangan Muhidyin, APCO, NTV7 letak jawatan, bla, bla, jangan layan auta dia. Sebaliknya anda harus tanya anwar dan rakan-rakannya mengenai:

1. Kenapa UiTM Serendah tidak boleh didirikan?
2. Kenapa kuil Hindu Seksyen 19 mahu dipindahkan ke kawasan Melayu?
3. Kenapa keuntungan jual pasir sedikit?
4. Ladang babi di mukim Batu Kuala Langat
5. Kenapa PKR sokong kalimah Allah diguna pakai Herald Tribune setelah 50 tahun kita hidup aman walaupun mereka tak pakai dulu?
6. Kenapa rumah urut makin banyak di Selangor?
7. Kenapa MB menyebelahi Ronnie dalam isu Beer yang dijual di kawasan Melayu?
8. Kenapa Unisel rugi 20 juta?
8. Apakah pendirian PKR terhadap Eli dan gaya hidupnya?
9. Kenapa pernah ada cadangan mahu buka UiTM kepada bukan Melayu? Adakah tekanan DAP?
10. Kenapa ada cadangan mahu guna duit zakat untuk bukan Islam? Adakah tekanan DAP?
11. Kenapa Khalid Ibrahim lebihkan DAP dari PAS?
12. Kenapa ekonomi dan pelaburan Selangor lembap?

Jangan biar anwar goreng anda.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

Thursday, April 22, 2010

PROG BERSAMA PENASIHAT EKONOMI SNGOR

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 1)
9 Mac 2010
Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo

1. Bulan ini genap dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Selama dua tahun ini saya melihat peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebagai "Merakyatkan Ekonomi Selangor" sebagai tidak lebih daripada pentadbiran dan pengurusan ekonomi berasaskan andaian.

2. Pelaburan di Selangor berjumlah RM 11.18 bilion pada 2007, RM 11.87 bilion pada 2008 dan jatuh ke RM 6.7 Bilion pada 2009.

3. Bukan untuk mengungkit, namun pelaburan pada 2007 dan 2008 jelas merupakan hasil usaha kerajaan di bawah BN dengan kerjasama para pegawai kerajaan serta SSIC berikutan pelancaran beberapa projek besar seperti Selangor Science Park 2.

4. Pelaburan yang dicatatkan di atas ialah jumlah yang telah diluluskan pelaburannya. Selalunya usaha menarik pelaburan terutama pelaburan asing memakan masa satu hingga tiga tahun sebelum ia dicatatkan oleh MIDA. Ini bermakna jumlah pelaburan pada 2008 merupakan hasil usaha menarik pelaburan pada 2006 dan 2007.

5. Sebab itu saya merasa sangat aneh apabila pada tahun lalu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan dengan bangga mengisytiharkan pencapaian pelaburan tahun 2008 yang tertinggi dalam sejarah Selangor sebagai bukti kejayaan kerajaan Pakatan. Tidak sedikit pun penghargaan diberikan kepada kerajaan BN yang berusaha mendapatkannya.

6. Pada 2009 pula pelaburan jatuh sehingga hampir separuh. Saya percaya sebahagian jumlah pelaburan asing pada 2009 juga adalah hasil usaha kerajaan BN pada tahun 2007 dan 2006 yang lalu. Ini kerana lebih RM 3 Bilion daripada pelaburan di Selangor yang diluluskan pada 2009 merupakan pelaburan tambahan (expansion/diversification)daripada perniagaan sedia ada.

7. Lebih mengejutkan saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar dan EXCO YB Teresa Kok mendakwa pencapaian 2009 ini melebih sasaran awal kerajaan negeri sebanyak RM 4 bilion. Ia mengejutkan kerana dalam pembentangan Bajet 2009, Tan Sri Khalid menyasarkan jumlah pelaburan ke Selangor pada 2009 sekitar RM 12 bilion.

"Kerajaan Negeri berusaha mensasarkan pelaburan bagi tahun 2009 melebihi RM12 bilion dan yakin dapat mencapai sasaran pelaburan melebihi RM35 bilion dalam tempoh RMK-9. - Ucapan Bajet Negeri Selangor 2009 yang dibentangkan pada 20 Oktober 2008."


Betulkan Tun Dr Mahathir kata, bayar seringgit dapat servis pun seringgit la.

ZAID BAWA BALA KPD KESEPAKATAN

Apabila Zaid diumumkan calon untuk Hulu Selangor, Pakatan terus meletup, terutama PKR dan PAS. Berduyun-duyun ahli PKR dan antara orang kuat bertindak keluar parti.

PAS pula dalam dilema hingga ada pecahan PAS mensabotaj kempen, rujuk sini. Anwar yang meletakkan PAS dalam keadaan itu, apabila mencalonkan Zaid, orang yang anti PAS, liberal dgn gaya hidup meragukan.

Habis ayat-ayat Quran, hadis dan fatwa Tok Guru di selak untuk back up Zaid namun satu pun tidak layak. Nak cari fatwa boleh judi lumba kuda, tak ada. Nak cari fatwa boleh minum wine, tak ada. Nak cari fatwa boleh sokong Lina Joy murtad, ADA, tapi fatwa anwar, tak boleh pakai.

Akhir sekali PAS hanya boleh kata Zaid orang yang berprinsip kerana letak jawatan sebab tidak berpuas hati dengan ISA, itu saja.

Jika sayangkan PKR jangan undi Zaid.

Wednesday, April 21, 2010

PAS DAN KOMPLIKASI ZAID IBRAHIM


“Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya(Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin) ketika ditemui di sini, semalam. [sinar]

Aras tanda
Dengan mengangkat Zaid Ibrahim tentunya menjadi aras tanda kepada hala tuju sebenar perjuangan PAS sekarang ini, Islam atau Liberal.

Zaid Menang
Sekiranya Zaid Ibrahim menang majoriti, bermakna seolah-olah perjuangan PAS tidak lagi dipandang kerana rakyat sanggup menerima Zaid yang
1. mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah,
2.terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta
3. berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan
Zaid sendiri boleh mendabik dada yang tindakan beliau mencabar PAS mendapat restu rakyat.

Kamala Menang
Manakala, sekiranya Kamala menang bermakna gagasan 1Malaysia DS Najib disahut rakyat dan kemarahan rakyat terhadap Pakatan kerana kuat temberang sudah memuncak seperti yang berlaku di Bangan Pinang tempoh hari.

PAS mula tidak menentu

Tuesday, April 20, 2010

HIJRAH: KELMARIN 2, HARI INI 200 LEBIH

200 ahli keluar PKR

PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini. [rujuk] [rujuk]

Kerana prinsip DS Najib meletakkan jua calon MIC di Hulu Selangor. Kerana pada beliau bukan nak menang kemudian nak ceramah dan putar belit. Sebaliknya mahu merealisasikan hasrat 1Malaysia beliau dan terus berkhidmat kepada rakyat.

Berbeda dengan PKR yang hanya mahu menang, mahu jadi perdana menteri, mahu memenuhi agenda peribadi. Apalah ertinya kemenangan begitu, penubuhan sesuatu parti adalah untuk memenuhi kehendak rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, bukan nafsu sendiri.

Makin hari ramai makin sedar, apakah tujuan PKR itu, apa agenda mereka? Masuk dewan rakyat buat wayang, buat ceramah buat wayang, buat janji tak pernah tunai, pergi luar negara burukkan negara sendiri. Ashik-ashik nak tawan Putrajaya, nak buat apa?

Kita harus menyokong gagasan 1Malaysia dan buktikan dengan perbuatan yang orang Melayu tidak rasis. Biar apa pun tohmahan mereka lemparkan dengan kata-kata namun action speaks louder than words. Lihat sahaja DAP yang mendakwa Malaysian first, tapi perkampungan India dan gerai-gerai Melayu dirobohkan tanpa belas kasihan, perumahan dan gerai Cina langsung tidak disentuh, Malaysian first pala lutut apa begitu.

Pakatan penipu.

Monday, April 19, 2010

KAKI BOTOL: AZMIN CABAR, ZAID MENGAKU

'My drinking days are over,' says Zaid

HULU SELANGOR: Datuk Zaid Ibrahim says his drinking days are over. He also did not want to be a hypocrite by trying to hide his shortcomings. [rujuk]

Nak buktikan apa lagi Zaid sendiri dah mengaku dia dulu kaki botol. Berbanding Zaid dengan Azmin kurang-kurangnya Zaid jantan kerana tidak hipokrit dan mengakui kelemahan dirinya.

Walaubagaimana pun, bagaimana pula sokongan anda terhadap Lina Joy, mahu tarik balik? rasanya tidak, boss anda pun menyokong Lina Joy murtad. [rujuk]


Saturday, April 17, 2010

DEMO APCO NAK COVER ANWAR

PAS anjur perhimpunan bantah Apco
Apr 16, 10 7:27pm
PAS hari ini menganjurkan beberapa siri perhimpunan secara aman di beberapa lokasi bagi mendesak kerajaan menamatkan kontrak syarikat perunding perhubungan media, Apco Worldwide yang didakwanya terbabit dengan ciptaan gagasan 1Malaysia yang menyerupai gagasan One Israel.~Malaysiakini

Sudahlah, janganlah nak cover hubungan anwar dengan zionis.

Friday, April 16, 2010

DRUNKEN FROG AKAN MEMAKMURKAN SELANGOR

Nampaknya Selangor akan lebih maju dengan gandingan Ronnie Beer dan Zaid Brandi al Judi. Bila Ronnie berkuasa beer boleh dijual di kawasan Melayu, rumah pelacuran bertopeng rumah urut makin bercambah begitu juga pusat judi bertopeng cyber cafe.

Kini Zaid Ibrahim pula akan jadi orang berkuasa di Selangor, beliau diketahui umum peminum wine tegar dan tidak suka PAS. Pernah zaid menyarankan judi loteri untuk membiayai sukan di Malaysia [rujuk]. Apabila ditanya adakah ia halal beliau menjawab yang penting matlamat dan abaikan PAS yang cuma ada 6 kerusi (ketika itu). Betul macam bos dia, matlamat menghalalkan cara.

Gandingan Ronnie, Zaid dan penasihat seringgit akan membawa Selangor ke pintu kesejahteraan dan kemakmuran. Hasil daripada judi, beer, rumah urut akan disalurkan kembali kepada rakyat maklumlah Merakyatkan Ekonomi. Jadi undilah Zaid di Hulu Selangor.

Tapi hati-hatilah undi PKR bermakna anda mungkin undi Wakil Rakyat bebas.

Wednesday, April 14, 2010

ZAID BEYONCE CALON PKR HULU SNGOR

I memang minat Beyonce

PAS conservatism on cultural issues has caused problems for the three-member opposition alliance of which it is a part, said Datuk Zaid Ibrahim, a former law minister who is now a senior opposition politician.

"It is as if for PAS Youth, the effort to fight corruption, abuse of power and inciting racism is less important compared to the efforts to make sure the young who are just learning to love and wish to be entertained freely are obstructed from enjoying a little freedom," Zaid wrote on his website. — Reuters [MI]

Zaid yang pernah menempelak pemuda PAS kerana menghalang konsert Beyonce di Malaysia dicalonkan anwar untuk PRK Hulu Selangor.

Tidak keterlaluan jika Zaid Ibrahim dilabel sebagai antara ekstremis menentang PAS dan perjuangan mereka. Pernah mahu menyaman kerajaan Kelantan kerana hukum hudud.

Yang menjadi tanda tanya sekarang sudah kah pendapat PAS didengar sebelum nama Zaid dicalonkan?



Sunday, April 11, 2010

ANWAR TIADA MASA UNTUK PALESTINE?



Dikisahkah Dajjal itu membawa maskud penipu besar. Matanya satu sebagi majazi dia hanya melihat keburukan sebelah pihak dan menutup matanya untuk sebelah pihak lagi. Ia datang membawa syurga dan neraka. Siapa yang memilih syurga Dajjal itulah neraka dan sesiapa yang memilih neraka Dajjal itulah syurga.

Siapa lagi penipu paling besar di dunia ini kalau bukan Israel controlled Amerika. Salah negara Islam diperbesarkan, salah israel langsung tidak nampak. Negara sekutu Amerika seperti jepun dan korea selatan ekonominya ganteng. Negara tidak bersekutu pula bertungkus lumus dan negara musuh disekat serba serbi hingga rakyat mati tak makan.

Bersekutu dengan dajjal memilih syurga dunia yang sementara.

FILEM HOMO TEMPATAN II

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF
2010/04/08

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad. [rujuk]
****
Fade in

Int- ruang tamu- Pagi

Jah yang baru masuk ke ruang tamu dari dapur hairan melihat suaminya tersenyum sendirian sambil menyikat jambulnya dan menyanyi sendirian di depan cermin.

Jah ( berseloroh): Hai Bang senang hati nampak, al goreng yahudi zionis hantar duit ke?

Aq (terkejut, dalam hati) : Hai pasal duit tau saja bini aku ni.

Aq (tidak menafikan namun tukar topik): Hai kau ni, aku nak pi tengok wayang lah.

Jah (hairan, dalam hati): sejak bila laki aku tengok wayang pulak ni, buat wayang selalu la.

Jah (cuba menyembunyikan kehairanannya): Eh kenapa tak cakap awal-awal, Jah belum siap apa-apa lagi ni.

Aq: Aih aku bukan nak pi dengan kau, aku nak pi dengan Mat Lamin.

Jah ( Hairan): Eh abang ni buang tebiat nak jadi PM ke, sejak bila pula abang minat tengok wayang ni, dengan Mat Lamin pulak tu?

Aq (berang) : Eh kau kalau tak melawak touching dengan aku sehari tak boleh ke?!

Jah terdiam.

Cut to.
****

Friday, April 9, 2010

RM3,000 untuk pencipta logo muktamar PAS


RM3,000 untuk pencipta logo muktamar PAS
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 9 April: Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56. [Hrkh]


Bersama melingkup dengan kami

Uish boleh menang aku nie...

FILEM HOMO TEMPATAN

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF
2010/04/08

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata penerbit filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AP [BH]

Fuhhh mesti ada orang tengah berdebar-debar sekarang, makan tak lena, mandi tak basah, tidur tak kenyang...

Thursday, April 8, 2010

REMEMBER ANWAR SIGN ANNAPOLIS SUMMIT LETTER YG MUNTUNGKN ISRAEL


Nama anwar di perenggan sepuluh.

General Eric Shinseki Signs Annapolis Summit Letter
Share / Recommend - Comment - Print - Monday, Nov 26 2007, 9:06PM

On the eve of the Annapolis Summit, former U.S. Army Chief of Staff General ERIC SHINSEKI has asked that his name be added to a letter to the President and Secretary of State about the fundamental requirements for a successful Israel-Palestine outcome.

Former New Jersey Governor and Bush Administration EPA Administrator CHRISTINE TODD WHITMAN and Rice University James A. Baker III Institute for Public Policy Director and former US Ambassador EDWARD DJEREJIAN has also agreed to sign the letter.

The New America Foundation, International Crisis Group, and US/Middle East Project helped draft and promulgate a letter to President Bush and Secretary of State Condoleezza Rice regarding the Annapolis Peace Summit several weeks ago.

The letter, as first drafted, calls for a process that is inclusive of all parties in the region, a process that has impact on the daily lives of Palestinians and Israelis, and is not a one-shot deal that ends with this Summit.

There are many signers of the letter now, but initial signatories included BRENT SCOWCROFT, ZBIGNIEW BRZEZINSKI, CARLA HILLS, NANCY KASSEBAUM BAKER, LEE HAMILTON, THOMAS PICKERING, THEODORE SORENSEN, and PAUL VOLCKER.

Other signatories in the subsequent weeks have "included" but are not limited to:

US AID Deputy Administrator HARRIET "HATTIE" BABBITT, former USIA Chief JOSEPH DUFFEY, former US Senator GARY HART, former US Senator LINCOLN CHAFEE, RAND Corporation Board Member and New America Foundation/American Strategy Program Chair RITA HAUSER, former Assistant Secretary of State JAMES DOBBINS, former State Department Policy Planning Director MORTON HALPERIN, former Deputy Ambassador to the UN WILLIAM VAN DEN HEUVEL, former Israel Foreign Minister SCHLOMO BEN-AMI. . .
former US Senator BIRCH BAYH, former Congressman and Corning CEO AMO HOUGHTON Jr., former National Intelligence Council Chairman ROBERT HUTCHINGS, Fletcher School Dean and former U.S. Ambassador STEPHEN BOSWORTH, former Assistant Secretary of Defense LAWRENCE KORB, former American Political Science Association President and Columbia University professor ROBERT JERVIS, Kings College Terrorism Chair and New America Foundation Senior Fellow ANATOL LIEVEN, former National Security Agency Director Lt. General WILLIAM ODOM. . .

Committee for the Republic President WILLIAM NITZE, Brookings Visiting Senior Fellow DIANA VILLIERS NEGROPONTE, Former CIA Deputy Director JOHN McLAUGHLIN, former US Ambassador JOHN MALOTT, former EU Commissioner for Foreign Relations CHRISTOPHER PATTEN, former National Intelligence Officer for the Near East PAUL PILLAR, former US Senator LARRY PRESSLER, former US Ambassador FELIX ROHATYN. . .

MIT Center for International Studies Director RICHARD SAMUELS, retired Marine Corps General JOHN J. "JACK" SHEEHAN, Princeton University Woodrow Wilson School Dean ANNE-MARIE SLAUGHTER, Former Congressman STEPHEN SOLARZ, former First USA Bank CEO and Adagio Partners CEO RICHARD VAGUE, Former US Senator and UN Foundation President TIMOTHY WIRTH, and former US Ambassador and AIG Vice Chairman FRANK WISNER. . .

former New Jersey Governor and Environmental Protection Agency Administrator CHRISTINE TODD WHITMAN, Nixon Center President and National Interest Publisher DIMITRI SIMES, former National Security Advisor to Vice President Al Gore LEON FUERTH, Brookings Senior Fellow PHILIP GORDON, former US Ambassador to NATO ROBERT HUNTER, former Malaysia Deputy Prime Minister ANWAR IBRAHIM, former CIA Deputy Director JOHN McLAUGHLIN. . .

former State Department Chief of Staff LAWRENCE WILKERSON, Lehman Brothers Managing Director THEODORE ROOSEVELT IV, former US Ambassador JOSEPH WILSON, former Chief Monitor of the Middle East Roadmap at the Department of State JOHN S. WOLF -- among others.

The Annapolis Summit is actually an extraordinary meeting of global players -- including the foreign ministers of all P-5 nations not to mention a vast number of Arab states -- but more needs to be known on whether something tangible and transmittable to the next US President will emerge from this meeting.

While I have heard through the DC grapevine that the Palestinians are depressed after being cajoled into signing a joint declaration, they are hopeful and semi-confident that Bush's speech on Tuesday at the session will offer some greater specificity on his vision of various "final status" issues.

As one friend of mine close to the process told me today, it is vital that the White House understand that it is not only Ehud Ohlmert who needs to give a victory speech when he goes home -- but also Palestinian Authority President Abbas. If Palestinians on the street don't feel bolstered by the outcome tomorrow, Abbas will be politically crushed -- and Hamas, which is not included in this process, will emerge a victor.

More later.

-- Steve Clemons [Original]

Annapolis summit ditentang pejuang Islam, negara Islam dan majoriti penduduk Palastine.

1. Hamas - "Majoriti rakyat palestine menolak dan ada niat jahat Amerika disebaliknya"

Ahmad Yousef, an advisor to Hamas Prime Minister Isma'il Haniyeh, warned that "If Hamas wants to thwart any agreement it will do so, because more than half of the Palestinian people will say no to this agreement." [14]

In a special interview with the Hamas-affiliated daily Filasteen newspaper, Hamas leader Ismail Haniyeh called on Arab states "Not to support any new concessions in the Palestinian issue," and warned "about the true American goals behind the fall summit, which strive to bring about normalization between Arab states, especially Saudi Arabia, and Israel." [15] [rujuk]

2. Syiria - "sangat menguntungkan Israel"

Syria describes Annapolis conference as defeat for Palestinians International Herald Tribune 2007-12-01
: A Syrian state-run newspaper on Saturday described this week's U.S.-sponsored Mideast peace conference as a "defeat" for the Palestinians and for peace in the region. In a surprise move lauded by... [rujuk]

3. Ahmadinejad Presiden republik Iran - "projek gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam"

Ahmadinejad Says Annapolis Summit Was 'Failure,' Israel is Doomed
Wednesday, November 28, 2007
PrintShareThis
TEHRAN, Iran — Iranian President Mahmoud Ahmadinejad said Wednesday that the U.S.-brokered Mideast peace conference was a "failure" and that Israel is doomed to "collapse," lashing out at the Annapolis gathering that many saw as aimed at isolating Iran. [rujuk]

hanya bayar untuk guna servis APCO nak dibisingkan? LOL

Wednesday, April 7, 2010

AKHBAR ISRAEL BERI SOKONGAN MORAL KPD PDRM?

"anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?" akhbar Israel



Tuesday, April 6, 2010

APCONUAR MATEMATIK MUDAH

anwar kawan Paul Wolfowitz
+

Paul Wolfowitz stand with israel
=

anwar kawan israel


Saturday, April 3, 2010

ANWAR GUNA ORANG LUAR LARI DARI TUNTUTAN RAKYAT


145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku. [sk]

Bagimana tuntutan rakyat Malaysia di bawah?

Bukit Tungku berhampiran the mall

Jalan Tun Razak

Jalan Duta

Baner tidak bertuan, November tahun lepas

Berdasarkan kepada fatwa terbaru Sheikh Dr Yusuf Al Qardawi berhubung kes liwat anwar, gelaran anwar Al Juburi yang diberi Mat Sabu dan tidak ditarik balik hingga kini, adakah Mat Sabu tergolong sebagai munafik dan fasik?

Jawab-jawab

Friday, April 2, 2010

GUAN ENG DAP'S MALAYSIAN FIRST




Cina first, Kg India dirobohkan, gerai Melayu diranapkan, best describe DAP's Malaysian first.

Thursday, April 1, 2010

UTAMAKAN BN BUKAN MIC ATAU UMNO

KEADILAN Akan Bertanding Di Hulu Selangor
Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakatan Rakyat bersetuju KEADILAN bertanding di pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor setelah rundingan bersama PAS dan DAP di pejabat Ketua Pembangkang hari ini di Parlimen.

"Mengenai calon KEADILAN yang akan bertanding, kita masih ada waktu bagi calon yang ingin memohon dan saya akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi dan YB Kit Siang sebelum kita namakan calon atas Parti Keadilan Rakyat," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar tengahari tadi. [SK]

MIC sepatutnya memulangkan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO kerana PKR walaupun menwar-warkan yang mereka tidak perkauman sebaliknya mengamalkan politik perkauman. Mereka tidak gentleman dan akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu walaupun kerusi tradisi MIC dan MCA. Firaun-firaun besar mereka tidak meniup semangat perkauman terang-terangan kerana jaga standard tetapi iblis-iblis kecil akan menjalankan operasi sulit meniup semangat perkauman untuk memenangkan mereka.

Jika PKR menang pun kerusi parlimen PKR tidak akan melebihi kerusi DAP dan tidak akan melayakkan anwar menjadi ketua pembangkang. Dia masih atas belas ihsan DAP jua. DAP tidak akan menghiraukan anwar dan akan meneruskan agenda menghapuskan hak istimewa bumiputra dan merobohkan Kg Melayu dan India (Kg Buah Pala) dan gerai-gerai Melayu.

PKR akan meletakkan calon dengan harapan paling tinggi untuk menang. Walaupun mungkin menang tetapi berapa lama calon ini akan bertahan 6 bulan? setahun? sebelum melompat menjadi wakil bebas. Adalah lebih baik calon UMNO BN daripada calon bebas untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengelakkan tuntutan pilihan raya kecil (PRK) dan kemelut seperti di Perak yang berlarutan sampai hari ini. PRK akan menelan belanja yang besar, syaitan suka akan pembaziran, anwar suka PRK.

Jangan pentingkan diri sendiri.

Popular Posts 30