Followers

Saturday, July 31, 2010

DAP Pecat Ahli MPK, Tee Boon Hock


DAP Pecat Ahli MPK, Tee Boon Hock
Oleh WANI MUTHIAH

KLANG: DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock yang didakwa menyalahgunakan kepala surat seorang ahli exco Selangor bagi mendapatkan kontrak untuk kroninya dari parti itu, menurut sumber.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memintanya pergi bercuti sementara menunggu keputusan siasatan.

Tee mengaku tidak bersalah. [MStar]

SMOKE ON THE WATER


Gambar dibuat Melayu pembangkang untuk sedapkan hati mereka kah kah kah. Ah pedulilah mereka dengan ganja mereka, kita yang bukan lembu lihat saja pada hakikatnya.

Matematik ilmu suci yang tidak pandai berdolak dalik, kira jumlah kerusi sudah cukup membuktikan yang DAP anti Melayu dan Islam ialah ketua mereka, kiralah lagi dan lagi dan lagi tetap kerusi DAP lebih banyak ahhhh kena buat lagi banyak gambar ni tak boleh tidur macam ni.

Lihat pula pada realiti di negeri yang diperintah pembangkang, Selangor, Perak (dulu) dan Penang, suara DAP lebih kuat, dengar lagi dan lagi dan lagi, tetap juga suara DAP yang lantang, ahh buat gambar lagi tak lalu makan macam ni.

Apa mau buat hisap ganja sajalah Melayu pembangkang, ganja jenis anwar boleh angan-angan pergi Putrajaya, ganja PAS boleh masuk syurga.

We all came out to Montreux
On the Lake Geneva shoreline
To make records with a mobile
We didn't have much time
Frank Zappa and the Mothers
Were at the best place around
But some stupid with a flare gun
Burned the place to the ground
Smoke on the water, a fire in the sky, smoke on the water

They burned down the gamblin' house,
It died with an awful sound
and Funky Claude was running in and out
Pulling kids out the ground
When it all was over
We had to find another place
But Swiss time was running out
It seemed that we would lose the race
Smoke on the water, a fire in the sky, smoke on the water

We ended up at the Grand Hotel
It was empty cold and bare
But with the Rolling truck Stones thing just outside
Making our music there
With a few red lights and a few old beds
We make a place to sweat
No matter what we get out of this
I know, I know we'll never forget
Smoke on the water, a fire in the sky ,smoke on the water

Friday, July 30, 2010

PATUTLAH BABI HARAM


Penang, rumah kediaman, penempatan dan punca rezeki orang miskin mereka roboh.

Selangor, diskaun bumiputra untuk rumah mewah pun mereka mahu hapuskan juga.

Bila kuasa politik ditangan mereka makin laju DAP 'memilik-negara' tanah dan harta tanah di Malaysia ini, serupa komunis.

Apa yang tinggal untuk kaum bumiputra? Mimpi ke Putrajaya dan mimpi hukum hudud zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Thursday, July 29, 2010

'GO-TO-HEAVEN-QUICK' SCHEME

Junah, 29 Jul,

As the downturn in the economy, 'get-rich-quick' scheme are sprouting since everyone would be interested in making an extra buck. So as frequent visitors to Danok, pub, kedai 4D and other sinners in their own ways are increasing, the demand for a new, easier way to heaven a in need.

A cult then saw this opportunity to gain its strength and took it by offering an easier way to heaven fulfilling the need of those in need. Later on attracts common people, people who practice free sex who's his or her pic then been circulated on the internet, people who's caught drinking beer in public looking forward to be canned to a 52 years old celebrity.

Government should look more seriously into this scheme as they to the 'get-rich-quick' scheme as this scheme is more dangerous to the society. The government should run more awareness campaign such as 'returnlah to the way of the prophet if u want to go to heaven' or 'their is no shortcut to heaven' in order to curb such illegal practice.

Tuesday, July 27, 2010

KOMUNISME DALAM PAKATAN


Dari blog Pilihan-anda dari blog Rajahmas dari blog asal penyokong PKR:

Kenapa wanita PKR ini berani menyentuh Sultan, kalau DAP usah ceritalah dah maki hamun dan sampai tahap saman menyaman Sultan Melayu. Misi menanam kebencian terhadap raja-raja Melayu bukanlah baru dihidu di dalam PKR. Ia sudah bermula sejak anwar keluar penjara. Agenda komunis yang sedang didukung DAP, PKR berbau dalam PKR apabila anwar tanpa rasa segan silu menyatakan sokongan untuk membawa Chin Peng pulang ke Malaysia, kedua RPK dalam kenyataannya, "Sultan tidak harus diberi penghormatan" dan kini penyokong mereka mempersoal Raja-Raja Melayu.

Dari atas sampai bawah mahu negara republik.

Sunday, July 25, 2010

KEMBALI SOKONG ANWAR


Sebelum ini saya telah dituduh sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya tali barut CIA kembali didendangkan. [blog anwar]

Saya sokong anwar ia merupakan satu fitnah bila ada pihak menuduh anwar sebagai agen atau barua India, buktinya bila saya pulang ke Penang dan bersembang dengan kenalan India tatkala menyebut nama anwar maka lebih banyak maki hamun dan sumpah seranah kepada anwar daripada terima kasih dan puji pujian yang keluar dari mulut India tersebut.

Begitu pula dengan tuduhan agen atau barua Kadazan dan Iban kerana tidak ada pihak pernah mendakwa anwar barua Kadazan atau Iban atas sebab anwar tidak pernah berminat atas kepentingan kedua-dua kaum tersebut.

Agen India, Kadazan dan Iban ini hanyalah dakwaan sendiri semata-mata merupakan satu cubaan masuk bakul angkat sendiri oleh empunya diri yang tak tahu malu. Jelasnya anwar tidak pernah berminat kepada kepentingan sesiapa melainkan kepentingan dia sendiri iaitu menjadi Perdana Menteri.

Wednesday, July 21, 2010

SESEDAP MULUT MAHFUZ

Dari seorang Guru menceritakan padaku,

Seorang graduate hijau pekat yang kerap maki hamun kerajaan telah memohon melalui kawan bapa saudaranya yang bekerja di Jab Pendidikan untuk masuk ke kursus KPLI yang diwujudkan kerajaan BN untuk membantu graduate yang tiada kerja.

Tak tahulah kerana orang dalam ke tidak namun dapat lah dia masuk dan menjalani kursus tersebut. Namun sudah dasar cermin mata maka perangai tak kenang budi ekstrem itu diteruskan jua. Orang lain pun ada tak puas hati dengan kerajaan juga tapi taklah macam bagus macam dia ni, nampak juga kebaikkan kerajaan.

Baru praktikal di sekolah pun sudah dia tunjuk perangai macam bagus dia tu. Tiap-tiap hari ada saja salah kerajaan nak dihentamnya. Nak dijadikan cerita,waktu dia praktikal di sebuah sekolah menengah, waktu diobserve, class control dia tidak berapa bagus kerana budak-budak buat perangai. Maka marah-marahlah dia ni,

Guru: Kamu main-main, kalau tak lulus SPM kamu nak jadi apa nanti!?

Murid: Nak jadi macam Mahfuz cikgu.

Berderai ketawa satu kelas.

Punya sakit hati sampai bergegar tangan cikgu ni tadi, bertambah sakit hati bila lecturer dia kat belakang pun tunjuk gigi juga.

PAS lebih cerdik tanpa Mahfuz

Tuesday, July 20, 2010

DAP TIDAK SUKA PENJAWAT AWAM


Penang SDO hits out at CM Lim

“He has suggested that I resign. This must stop immediately as it is rude. Lim has lowered the elevated status of a chief minister by attacking an SDO. It is unbecoming for a chief minister to attack civil servants,” he said before distributing a press statement which condemned Lim for dragging him into the issue of alleged illegal sand mining in Balik Pulau. [star]

Trend menghentam penjawat awam oleh DAP dan penyokong mereka bukanlah baru. Seperti yang kita maklum apa yang berlakau di Selangor dan kini di Penang begitu juga oleh penyokong mereka seperti Namewee dalam lagu penghinaannya kepada Melayu, Negarakuku dan Lord Ried dalam komen-komennya.

Penjawat awam yang majoritinya dikalangan Melayu dan bumiputra harus sedar akan hal ini, mereka sudah lama berdendam akan anda dan akan bertindak jika diberi peluang. Jangan kita menang sorak kampung tergadai kelak kita yang rugi. Siapa yang akan membela kita nanti? PAS PKR? Lihat saja apa yang berlakau di Selangor dan Penang, apa PAS dan PKR boleh buat?

Monday, July 19, 2010

Tendang Terajang: IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

Tendang Terajang: IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

MUSA Sheikh Fadzir (tiga dari kanan) menerima borang menjadi ahli UMNO daripada Shafie Ali yang mewakili rakan-rakannya setelah meninggalkan parti itu di Bukit Mertajam Pulau Pinang, semalam.

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Sebab-sebab:

1. Menurutnya, nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.

2. ‘‘Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

3. ‘‘Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” katanya. [RUJUK]
****
Ranting dah gugur batang bila nak tebang? Peruntukan untuk hangpa depa buat belanja pergi Amerika, Apology Tour.

Kepada UMNO jangan hampakan kepercayaan orang. Kalau yang tanah belum ada geran beri geran supaya DAP tidak boleh halau mereka.

Bekerjalah untuk rakyat bukan untuk perut sendiri insyaallah Penang selamat.

Sunday, July 18, 2010

DAPAT PINGAT DAP BANTU HALAU MELAYU INDIA



Penduduk Kg Buah Pala, Kg jalan Pokok Asam, Kg Binjai, Kg tengah, Kg Bonggol, Kg baru... Ingat muka-muka ini baik-baik, mereka ada saham yang menyebabkan anda-anda semua di halau / bakal dihalau dari tempat tinggal, rumah dan kampung halaman anda, dan berita baik lagi mereka dapat pingat daripada DAP kerana itu.

KESAN BERANTAI JIKA SUBSIDI DITERUSKAN

gambar hiasan

Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa. [MK]

Apa pula kesan berantai bila kerajaan terus beri subsidi?

Saturday, July 17, 2010

CURI PASIR UNTUK BAYAR CNN?

Oleh UNTA BELANG

Untuk pengetahuan anda, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.Ia adalah usaha Anwar untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Yang menariknya, dakwaan ini bukan dibuat oleh orang UMNO, bukan oleh orang BN, tetapi Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino. [Baca selanjutnya]

****
Mencuri pasir seolah-olah sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar CNN dan menanggung bil perjalanan apology tour bagi memulihkan imej seorang individu.

Di mana letaknya maruah individu tersebut yang mengambil wang rakyat dan digunakan untuk apology tour dan membayar CNN semata-mata untuk menaikkan imej sendiri.


Friday, July 16, 2010

5 HARGA BARANG NAIK KE ARAH KOS SARA HIDUP RENDAH

Kerajaan Selaraskan Harga Subsidi Untuk Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan hari Khamis mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. [BERNAMA]

Harga baru:

1. Petrol RON95 - RM1.85 seliter
2. Petrol RON97- RM2.10 seliter
3. Diesel - RM1.75 seliter
4. LPG - RM 1.85 sekilo
5. Gula - RM 1.90 sekilo

Ke arah negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah kerajaan telah menaikkan lima harga barang penting. Selepas ini puak kapitalis golongan peniaga terdiri daripada puak DAP yang BN tidak dapat undi mereka hatta di kawasan BN menang akan menaikkan harga barang atas alasan harga bahan api naik.

Pengguna majoriti di kalangan Melayu dan India akan menikmati penurunan kos sara hidup terkesan daripada kenaikkan harga barang-barang ini. Jika dulu RM 50 dapat beli tiga barang dengan penurunan kos sara hidup ini dapatlah kita beli satu barang. Terima kasih BN.

Pengurangan subsidi ini mungkin bertujuan menampung kehilangan RM2 bill skandal PKFZ dan RM500 mil komisyen pembelian kapal selam di mana rakyat harus bersama bertanggung jawab kerana RM 2 bill dan RM500 mill tersebut masuk ke poket rakyat juga bukan pemimpin tertentu sahaja.

Ke arah negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah.

Thursday, July 15, 2010

German, Swiss media in frenzy over 'Imam Muda' show

German, Swiss media in frenzy over 'Imam Muda' show

FRANKFURT (Bernama): The media in Germany and Switzerland have been widely reporting about a Malaysian reality television show called "Imam Muda" (Young Imam). While in many Western countries, a television talent show is organised to select a star, Malaysia is hiring the next "star imam" through a talent search show, as many German and Swiss dailies have been reporting.

Details of the "Imam Muda" show have been widely reported by a number of dailies - from the Tagesspiegel, Merkur Online through n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung to the Swiss daily Tagesanzeiger - and have kept the readers engrossed, as comments from readers to the news report suggest.

The "Imam Muda" talent show reported about eight young men who appeared on Malaysian television at prime time, attired in suits and the traditional caps.

Switzerland's "Tagesanzeiger", for example, describes the candidates as "superstars" on Malaysian television and reports that they seem to have become heart throbs of many young girls.

Unlike in other reality shows, where participants usually sing or dance, the candidates in the "Imam Muda" show recite verses from the Quran, have the necessary training in washing dead bodies for Islamic burial, and pledge to protect young Malaysians from sex and drugs.

The talent show casts young Islamic clerics, the paper goes on.

The weekly talent show is headed by Hasan Mahmud, a former imam himself. He is creating a pool of exemplary young imams and using their help to combat the "social and moral decadence".

The candidates, aged between 18 and 27, are selected according to personality criteria and their knowledge of religion.

As in "American Idol" and other talent shows, candidates are phased out each week after they failed to qualify.

Many viewers and readers were surprised to know that for the duration of the show, the candidates are isolated and kept in the sleeping hall of a mosque - without any mobile phones, Internet, television and other modern gadgets - so that they "think for themselves" and do not have to rely on any outside help or prompting."

The winner of the contest can expect a pilgrimage to Mecca, financial assistance in pursuing studies at the Islamic university of Medina, and employment in a mosque," says a commentator in the German daily Tagesspiegel which is published from Berlin.

The German daily contends that all the casting participants can be sure of having the "admiration of young female admirers and potential mothers-in-law".

"For Muslims, the ideal sons-in-law are aspiring imams because they are educated and well-versed in Islam," the daily quoted Iselan Bazar of the cable channel Astro Oasis which airs the religious talent search. [star]

Cakap sedikit, kerja banyak, ada hasil. 19 tahun cakap banyak, kerja malas, habuk pun tak ada.

KESIAN.. PEMIMPIN PAKATAN MASING-MASING SIBUK

Kita kasi robohhh!

Kg Jln Pokok Asam: Sob, sob sape la nak tolong kita?

Rodziah, sibuk iring mayat.

Nizar, sibuk puja mayat.

Anwar, Azmin, sibuk sembah abu mayat.

Wednesday, July 14, 2010

DATUK MAHFUZ VERSI PEREMPUAN


Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa memilih untuk menunjukkan kebodohan dirinya sendiri di khalayak ramai apabila bertindak menyalahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) didalam kes kecurian pasir di Selangor. ~UMPP

Bila ada batman ada juga bat girl, superman, supergirl, begitu jugalah Datuk Mahfuz ada versi lelaki dan kini ada versi perempuan.

Dr Lo'lo', begitulah nama yang kian meningkat naik. Hari ke hari kenyataan-kenyataan Dr Lo'lo makin menghampiri kualiti kenyataan D Mahfuz.

Berusaha Dr Lo'lo' !

Tuesday, July 13, 2010

BELUM TERBUKTI PERISIK SUDAH DITAHAN

10 alleged Russian spies arrested in US
WASHINGTON : Tuesday, 29 June 2010 04:40

WASHINGTON – The United States has arrested 10 alleged spies accused of carrying out "deep-cover assignments" for years for the Russian intelligence services, officials said Monday. [MM]

DS Hishamuddin beberapa hari lalu memberi respon terhadap dakwaan anwar 'alat CIA', yang KDN akan bertindak jika ada bukti.

Lain pula yang berlaku di Amerika, mereka sudah mengambil tindakan terhadap "alleged spies" yakni disyaki dan belum terbukti. Cepatnya mereka mengambil tindakan terhadap pengkhianat kerana mementingkan keselamatan negara.

anwar's apology tour kini hangat tersebar, walaupun PAS bersetongkol dengan anwar tetapi tidak semua seperti TGNA dan Datuk Mahfuz ada juga yang tidak taklid buta seperti Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang mula mempersoal sikap talam 2,3,4,5,6,7,8 muka anwar lalu menuntut pendirian anwar berhubung isu meminta maaf kepada Zionis tersebut.

Ingatlah anwar, Amerika mencipta Saddam Hussein dan Amerika juga mengkhianati Saddam Hussein. Ini bukan filem yang mana Amerika akan menyelamatkan baruanya, in real world Amerika hanya mementingkan diri mereka. Pengkhianat akan berakhir dengan pangkhianatan jua.

Sunday, July 11, 2010

ANWAR TANYA GUAN ENG?



Bila pembohong bersuara:

Anwar kata (min 1:59) dia tanya Kit Siang (betul ke dia tanya tak tahu lah), "U ada minta tanah Kg Baru?"

(Kit Siang Jawab sambil temukan tapak tangan) "Hei tadak tadak!",

(Tanya) "Guan Eng?"

(Jawab Guan Eng sambil angkat tangan lagi tu) "Hai tadak, tadak, tadak,".

Pembohong sungguh anwar, dia tak tanya Kit Siang, "U ada ambil tanah Kg Buah Pala, ada nak ambil tanah Kg Jln Pokok Asam, Kg tengah, Kg Binjai, Kg Bonggol, Kg ...."

"Guan Eng?!" "Aiya susah wa mau jawab o"


Sapa mau Kg Baru sini sudah banyak Kg mau roboh ma.

Friday, July 9, 2010

KG JLN POKOK ASAM PERANAN KETUA PEMUDA




Video di atas berlaku waktu demo Kg Buah Pala depan KOMTAR, di ketuai oleh KP MIC, T Mohan.

Apa yang nak disampaikan di sini bukanlah nak suruh tiru pendekatan yang diambil oleh KP MIC tetapi objektif demo ini harus dicontohi iaitu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada DAP dan Pakatan. Kedua, peranan pemuda dan ketua pemuda sebagai tunjang organisasi.

Daripada KP UMNO menyokong KP MCA yang jelas rasis mempergunakan slogan 1Malaysia untuk mencuri hak bumiputra (biasiswa) walhal MCA mahu saman kempen 1Sekolah untuk semua, tak 1Malaysia pula, kek orang mereka mahu, kek mereka tak boleh kongsi.

Adalah lebih baik KP UMNO memainkan peranan yang sepatutnya pemuda mainkan iaitu menjadi barisan depan jika isu hak-hak Melayu di cabar. Kg Jln Pokok Asam, peluang sudah ada, gunakanlah pendekatan yang dipelajari di Oxford untuk pertama membela Melayu dan Bumiputra yang dianiaya, kedua membalun DAP dan Pakatan di saat mereka terdedah ini.

Musuh seorang sudah cukup ramai, PERKASA bukanlah musuh.

Thursday, July 8, 2010

RAKYAT MENANGIS DAP KETAWA

Anak: Kg Buah Pala sudah, Kg Jln Pokok Asam 13 Oktober, Kg Binjai sama Kg Tengah dalam waktu terdekat.

Dad: Dua ekor barua kita cakap apa?

Anak: Dia orang tatak berani.

Kg Buah Pala

Kg Jln Pokok Asam

Wednesday, July 7, 2010

KG BARU: AMBIL IKTIBAR DARI PALA DAN ASAM




“Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN),” katanya (DSAI) ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak dekat sini malam tadi. [MI]

Satu benda yang anda jangan percaya kepada anwar ialah dalam bab tanah. Di Penang satu Kampung India sudah kena jual dan beberapa Kg Melayu sedang tunggu masa untuk dirodok bulldozer.

Tontonlah vedio di atas 7 kali sebelum tidur dan 7 kali selepas solat subuh, ajaklah anak-anak dan cucu-cucu anda tonton bersama, letakkan air di hadapan komputer apabila video ini dimainkan dan beri minum kepada anak cucu anda setiap pagi dan petang, tidak cukup dengan itu sentiasa bisikkan dalam hati anda dan ke telinga anak cucu anda, anwar pembohong, tanah Melayu tidak selamat di bawah DAP!

Kg Jalan Pokok Asam sebuah Kg Melayu yang telah diduduki 3 keturunan kini di ambang bahaya, diancam kerajaan Zionis DAP, notis pengosongan sudah diberi, bulldozer tengah panas enjin, masa pengosongan 3 bulan. Ada anda nampak anwar turun ke Kg Jln Pokok Asam semenjak perkara ini didedahkan media awal bulan lalu?

Kg Jln Pokok Asam, tidak dinafikan salahnya berpunca dari kerajaan BN yang sudah memerintah 53 tahun sebelum ini yang tidak memberi geran kepada penduduk. Bagus lagi DAP kepada kaum cina, lihat saja bila tawan Perak agenda awal mereka, dapatkan geran untuk bangsa mereka di Kg Baru. Namun nasi sudah jadi bubur, ungkit pun tak guna.

Pengajaran yang perlu diambil ialah, Pertama, jika anda bukan cina maka DAP dan baruanya tidak akan membantu anda. Kedua, DAP dan MCA bekerja untuk bangsanya parti lain bekerja untuk perut sendiri.

Melayu mesti bertindak sebelum di halau DAP - Mohon geran sekarang.

Tuesday, July 6, 2010

POKOK ASAM: PELUANG PAS BUKTIKAN KEMAMPUAN

Timeo Danaos et dona ferentes "I fear the Danaans (Greeks) even if they bring gifts"

Patut lah DAP beria-ia membantah judi bola sepak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Dalam orang Melayu Pakatan bergembira mengagung dan memuja DAP rupa-rupanya DAP ada agenda yang lebih besar iaitu merampas, meroboh dan meghalau orang Melayu dari perkampungan yang telah mereka duduki selama tiga keturunan. Kini orang Melayu pakatan termalu takkan tengah puji tiba-tiba nak mengeji. Harga yang perlu dibayar untuk sokongan DAP selalunya tinggi.

Kini PAS dan Melayu PKR ada hingga 13 Oktober nanti untuk membuktikan cakap mereka Pakatan Rakyat, membela rakyat miskin, negara berkebajikan, merakyatkan ekonomi dan segala rakyat lagi. Kerana nasib 200 rakyat miskin Kg Jln Pokok Asam di Penang kini di hujung tanduk. Setelah BN gagal membantu mereka dalam tempoh 50 tahun berkuasa, PAS dan Melayu PKR harus buktikan mereka dapat membantu mangsa Zionis DAP ini dalam tempoh masa terdekat ini.

Setelah DAP berjaya menguasai Perak antara perkara awal yang dilakukan mereka ialah mengusahakan geran tanah pemilikan 999 tahun kepada bangsa mereka. Benarlah, DAP hanya berjuang untuk bangsa mereka. Sedih bila melihat orang Melayu yang tinggal begitu lama rupanya digantung tak bertali, 50 tahun rupa-rupanya geran tak diberi. Baru satu negeri DAP kuasai terbongkar sudah rakyat digantung tak bertali, belum satu Malaysia.

Orang Melayu cepat-cepatlah mohon geran sebelum dihalau DAP.

Monday, July 5, 2010

POKOK ASAM: APA PEMERINTAH SEBELUM INI BUAT?

Melayu P. Pinang perlu ambil iktibar

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my
KEMAMAN 3 Julai – Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu perlu mengambil iktibar terhadap nasib yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang apabila terpaksa akur dengan tindakan kerajaan negeri itu mengambil alih kampung mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa penduduk terbabit sebagai harga yang mahal perlu dibayar oleh mereka apabila bertindak menukar parti politik sebelum ini kepada kepimpinan DAP.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mereka perlu sedar bahawa apabila kuasa sesebuah kepimpinan diserahkan kepada parti yang tidak membela nasib rakyat maka begitulah hasil yang akan diperolehi. [UTUSAN]

Apa yang nak dihairankan jika DAP bertindak begitu. Memang sejak azali penubuhannya lagi DAP mahu kuasi Tanah Melayu, mahu halau Melayu, dah dasar rasis dan penjajah.

Apa yang patut dihairankan ialah kenapa bila nak kena roboh yang jadi sasaran ialah gerai Melayu, Kg Melayu dan Kg India. Gerai cina dan Kg cina tidak dikacau?

Sudah terantuk baru nak terngadah. Apa pemimpin BN buat, sedangkan sudah menguasai negeri tersebut 50 tahun?

Dalam jangka masa yang begitu lama memerintah kenapa tidak diusahakan untuk dapatkan geran kepada penduduk tersebut yang sudah menetap begitu lama di situ?

Sekarang tiba masanya PAS dan Melayu PKR buktikan kemampuan mereka untuk membela nasib rakyat miskin ini... Kalau ada biji.

Kecewa-kecewa...








Friday, July 2, 2010

MAHFUZ PILIH UNTUK TIDAK PERCAYA


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) yang dihubungi kemudian pula mempersoalkan status Washington Post di sebalik konflik yang menjerut leher politik Anwar, Ketua Umum PKR.

"Anwar sudah jelaskan bahawa dia tidak mohon maaf pada Yahudi, tetapi akhbar-akhbar ini terus menyerang dia padahal dia beberapa hari di sebuah negara (Amerika Syarikat) yang nyata sokong Yahudi. ~ Datuk Mahfuz [Hrkh]

Ini Mahfuz, beliau dan orang-orang seIQ dengan beliau memilih untuk tidak percaya pada hakikat, realiti dan fakta, sebaliknya memilih untuk 'high' dan khayal menghisap kenyataan penafian anwar sekembalinya anwar ke Malaysia walaupun ramai orang memberi amaran anwar adalah sesumpah yang akan bercakap mengikut keadaan, di sana cakap lain, di sini cakap lain.

"Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad". [washingtonpost]

Ringkasnya, Anwar melahirkan kekesalan kerana mengutuk Yahudi dengan bahasa yang sama dengan Presiden Ahmadinejad. - zul4kulim.

Anwar Ke Washington Bantah Kezaliman Israel - Nurul Izzah

"Kenyataan bohong dan berunsur fitnah tersebut adalah keterlaluan, bertujuan mengaibkan Anwar dan Anwar sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian berhubung tragedi berdarah Misi Kemanusiaan Gaza 31 Mei lalu. ~ Nurul Izzah

"Memang mike keturunan pembohong, bapa mike pembohong, mike pun pembohong"- Nujum Pak Belalang.

[وَإِنِّى كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُواْ أَصَـبِعَهُمْ فِى ءَاذَنِهِمْ وَاسْتَغْشَوْاْ ثِيَابَهُمْ] (Nuh: 7)

Thursday, July 1, 2010

HASIL PENASIHAT SERINGGIT KILANG TUTUP



Cheras factory shutdown: 120 jobless
June 30, 2010

KUALA LUMPUR, June 30 — A total of 120 workers of a plywood factory in Cheras were left jobless when the factory closed its operations today. [read more]

"Bayar seringgit, hasilnya pun seringgit". Mana penasihat ekonomi seringgit ni, kata hebat sangat.

Popular Posts 30