Followers

Tuesday, September 28, 2010

CABANG UTK BERUK RUPANYA MMG BERUK PUN


Patutlah ada cabang, dahan, ranting bagai, serupa nak bela beruk. Rupa-rupanya memang beruk pun.

Inilah demokrasi model anwar. Pertama 16 september, model demokrasi anwar paling classic, rasuah wakil yang dipilih untuk lompat parti, hangguk punya demokrasi tu pun ada ati nak samakan diri dengan Ang Su Ki, porah.

Ini pula yang kedua macam beruk berebut makanan. Habis berterabur bersepah bertumbuk. Kalau bagi negara kata beruk-beruk ni macam ni la jadi nanti pilihan raya sebulan lepas tu ulang-ulang undi, tambah pula PRK yang banyak sebab saja2 letak jawatan.

Macam dalam cerita tamil pula pemilihan PKR ni. Buat malu kat boss DAP saja. Paling malu kat balaci PAS. PAS pun boleh buat pemilihan lagi baik.

"anwar Ibrahim harus bertaubat!" Karpal Sigh

Sunday, September 26, 2010

BEBASKAN PKR DARI CENGKAMAN DAP


Kalau saya menang, saya akan membantu Presiden memenuhi tanggungjawab beliau. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata. Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti? ~Zaid Ibrahim

Umum maklum anwar Ibrahim di bawah cengkaman DAP, pak turut dan pak angguk. Akibat salah laku moral dia, tidak ada peguam lain kecuali dari DAP yang mahu membela dia. Ada antara peguam-peguam DAP itu juga yang dulu bersama-sama rakyat mendakwa anwar atas salah laku moral dia.

Sejak dari itu kita melihat kejayaan dan kelicikan pencaturan DAP yang menyingkirkan pengasas dan tonggak-tonggak PKR seperti Datuk Zahrain, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dsb supaya lebih senang mereka menguasai dan membonekakan PKR, dan umum sendiri menyaksikan anwar Ibrahim tidak mampu mempertahankan sahabat-sahabat seperjuangannya itu menyedihkan lagi dia sendiri terpaksa akur dan bersama menyerang sahabat-sahabat lamanya itu.

Memilih calon daripada house of anwar seperti Azmin dan Nurul Izzah hanya akan mengutuhkan lagi cengkaman DAP ke atas PKR. Kewibawaan PKR yang tercemar dek anwar Ibrahim harus dibersihkan. Tiba masanya perlu ada check and balance dalam Pakatan yakni PKR bagun dan menunding kemuka DAP memberitahu yang DAP is nothing without PKR tiba masanya DAP dengar cakap PKR dan menghormati ahli-ahli PKR ( jangan lupa tuan-tuan, PKR banyak hilang kerusi kerana DAP). Hapuskan nepotisme dan kronisme kembalikan jati diri PKR.

Thursday, September 23, 2010

ZAID HARAPAN BARU PKR


"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden,” kata Zaid.

Datuk Zaid Ibrahim yang sedang bersaing untuk kerusi timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, menganggap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “terlalu berkuasa” walaupun hanya menjadi ahli biasa di segi struktur jawatan parti.

Beliau berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR pula hanyalah sebagai “lambang semata-mata” dan justeru itu beliau akan “membela kuasa presiden” jika menang pada pemilihan parti.

Zaid sebelum ini berkata kuasa sebenar dalam PKR berpaksi kepada Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar manakala jawatan presiden dan timbalan presiden tidak membawa sebarang kuasa sebenar. [SK]
****
Kononnya

Kononnya apa memang betul pun. PKR ialah parti ikon nepotisme. Struktur parti itu akan dikukuhkan lagi dengan VP baru iaitu Nurul Izzah Anwar. Aik macam nama anak die saje. Ish bukanlah, takkan la anwar yang suci dari minyak sri murni tu nak biarkan anak dia bertanding dah la isteri dia presiden tunggul pastu anak vice presiden pula, VP kayu?. Sudah la sekarng orang dok mengata presiden tunggul sebab isteri mana boleh lawan cakap suami, takkan anak nak jadi VP pula, anak lagi lah tak boleh lawan cakap bapa, jadilah PKR ni parti monarki.

Perjuangan

Perjuangan PKR perjuangan peribadi, dulu nak bebaskan anwar dari kesalahan rasuah dan moralnya, sekarang nak jadikan dia PM pula. habis mana perjuangan rakyat? mana ada? 2008 rasuah orang suruh lompat parti lansung tak hormat rakyat. kecam penduduk bangan pinang yang memilih melalui undian, kata macam-macam takda maruah la apa la. mana ada PKR bela rakyat bela babi ada la, bak kata pepatah selicik-licik kereta tunda, licik lagi anwar tunda kes.

Zaid Ibrahim

Akhirnya ada juga orang seperti Zaid yang akan bebaskan PKR dari parti monarki kepada parti demokrasi. Kalau Zaid tak menang, tahulah memang tak bersih lah pemilihan PKR ni. Ashik bini anak menantu saja yang naik. Tu baru parti belum negara, Wan Azizah PM, Nurul Izzah TPM, Anwar ketua umum Malaysia yang bercakap anwar, PM jdi tunggul, yang berkuasa DAP, yang ashik malu sendiri PAS, tak haru biru dan kelabu negara. God Forbid lah.

JOM RERAMAI SOKONG ZAID ALAH U ALL ZAID PUN ANAK IBRAHIM JUGA APA..

Monday, September 20, 2010

SEPTEMBER FOOL

Dimulakan dengan 'we have the number' dan diakhiri dengan 'we are focusing on the budget'.

Ulang tahun 16 September 2008 diraikan pada 16 september hingga 13 oktober. Bagaimanakah 16 September 2008 merubah hidup anda? Tuliskan di atas sekeping kad manila berukuran kad manila dan lekatkan di hadapan rumah atau premis anda.

Anak dara pergi ke utara,
Makan mangga di atas dulang,
Jika anda senang terpedaya,
ambillah 16 sept sebagai pengajarang.

Thursday, September 16, 2010

SEPTEMBER FOOL BOLEH HAPUS APRIL FOOL


Bulan April sinonim dengan April fool. April fool diraikan dengan joke walaupun sebenarnyanya ia haram diraikan kerana hari itu memperingati peristiwa umat Islam Sepanyol ditipu dan dibunuh beramai-ramai.

Walaubagaimanapun, sebagai alternatif rakyat Malaysia boleh meraikan September fool. September fool bertujuan mengenang segelintir rakyat Malaysia yang kena fool. September fool diraikan pada 16 September setiap tahun. Ia tidak bersempena 16 September 1963, sebaliknya 16 September 2008.

Pada hari itu, joke dan aktiviti yang boleh dilakukan, contohnya:
Individu:
1. Jika isteri anda bertanya, "Nak ke mana tu bang?", anda jawab hendak berjumpa Yang Di Pertuan Agung atau Panglima Angkatan Tentera. Mungkin isteri anda akan menjawab, "Iye ke?", kemudian anda membalas, "September fooooooool" dan ketawa.
Berkumpulan:
2. Berkumpul beramai-ramai dan berarak ke Putrajaya tetapi jangan masuk Putrajaya. Ia simbolik kepada hajat yang tak sampai. Destinasi harus Putrajaya sahaja.
Rancangan realiti TV:
3. Aktiviti ke-3 ala-ala amzing race. Satu kumpulan berlepas ke Taiwan dan satu kumpulan lagi mestilah 'membontoti' kumpulan pertama tersebut, dan memujuk kumpulan pertama untuk menyertai kumpulan ke dua. Tapi destinasinya hanya Taiwan sahaja.

Kebaikan hari September fool ini ialah:

1. Menghapuskan April fool dan menggantikan dengan perayaan buatan tempatan.
2. Mengingatkan kita supaya berpijak di bumi yang nyata, jangan bermimpi di siang hari.
3. Memperingati hari rasuah jawatan untuk lompat parti.
4. Hari permulaan budaya lompat parti.
5. Mengingatkan kita, setiap jalan pintas menuju cita-cita ada harga yang perlu dibayar.

Kesimpulannya, September fool mestilah mempunyai elemen-elemen iaitu paling utama penipuan dan kebodohan, selebihnya, 16 september, Putrajaya, 'Membontoti' dan Taiwan. Di harap ada pihak membawa usul ini dalam dewan rakyat. Sekian.

Gadis di paksa tayang Payudara di rakam

Gadis di paksa tayang Payudara di rakam

GEORGE TOWN: Sebuah klip video yang menunjukkan empat gadis memaksa seorang pelajar 16 tahun membuka pakaian dan menayangkan payudara serta bahagian sulit yang diedarkan secara meluas di sini dan utara Perak.

Insiden itu terjadi di sebuah sekolah di Bukit Gantang, Perak sekitar sebulan yang lalu.

Selama serangan itu, kamera menyerlahkan pada dada dan bahagian peribadi mangsa, yang awalnya mengenakan kemeja-T dan seluar panjang.

Gadis-gadis, dipercayai pelajar sekolah menengah, juga terlihat tertawa saat mereka menendang kepala mangsa, wajah, bahu dan bahagian peribadinya di sebuah tangga dari sebuah bangunan.


Sebuah akhbar harian Cina melaporkan bahawa salah satu gadis-gadis itu menggunakan kata-kata kesat, sementara mangsa terdengar menangis kesakitan selama serangan itu. Satu suara laki-laki juga terdengar di latar belakang video.

Laporan itu mengatakan insiden itu mungkin terjadi di tingkat dua tangga sebagai tetingkap biasa dilihat di latar belakang.

Akhbar Harian melaporkan bahawa Seorang pelajar telah menemui klip video itu di handphone-nya.

Namun, dia menolak untuk mendedahkan bagaimana ia memperoleh klip tersebut. [RUJUK]

Bukit Gantang? ish teringat sapa ntah..

Tuesday, September 14, 2010

PAKATAN MESRA PENJENAYAH ANTI POLIS



Polis Kurang Komited, Golongan Wanita Semakin Tidak Selamat

SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Malaysia, Zuraida Kamaruddin membidas pasukan polis yang dilihat semakin gagal memberi jaminan keselamatan kepada golongan wanita negara ini sehingga menjurus kepada kes pembunuhan yang melibatkan kaum Hawa yang terbaru Datuk Sosilawati Lawiya. [SK]

****
Astaghfirullah ceteknya fikiran, busuknya perut dan jahatnya mulut. Pencuri kereta India di arak sampai ke kubur. Bila India ahli Hindraf dan DAP seumur hidup culik, pukul sampai mati dan bakar sampai jadi abu empat orang Melayu pun Pakatan salahkan polis juga.

Apa perasaan balu-balu polis, anak-anak yatim polis, isteri-isteri polis dan anak-anak polis? Setiap hari suami dan bapa mereka keluar menyabung nyawa untuk memastikan keamanan negara namun lansung tak dipandang puak pakatan, penjenayah juga jadi pilihan.

Memang diakui ada di antara polis yang tidak amanah dan berat sebelah cari duit lebih tunggu Melayu buat salah kejar sampai dapat untuk minta rasuah. Tapi kalau satu dua busuk takkan setandan pun busuk.

Sekarang baru kita faham apa maksud lambang mata satu itu, sama macam dajjal iaitu nampak salah lawan sahaja dan tutup mata kepada salah kawan-kawan, seperti kata bidalan sebabi babi, babi lagi DAP.

TRAGEDI SOSILAWATI: DR MAHFUZ WATSON TERUS LOMPAT KEPADA KESIMPULAN


Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya - PAS

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya. [Hrkh]

Sebelum tu, bila India bunuh Melayu, Lim Kit Siang senyapppppppp sunyi tak meretek. Serupa juga bila Cina vandalize surau, cepat-cepat agen depa dalam BN tutup. Begitu juga bila jeep MACC kena bakar dengan motorolov cocktail cepat-cepat kes tu tutup dan tak di ungkit.

Berbalik kepada berita utama, saya pasti ramai yang dah agak bila berita abu mayat tu keluar yang DR MAHFUZ WATSON SUDAH ADA JAWAPANNYA, Its elementary My dear. Sekarang kita tunggu pula Raja Sherlock Petra Hemlock dengan hasil siasatan dia.

Hai reporter Hrakah ko saje je kan nak kenakan Mahfuz..

Takziah kepada kaum keluarga mangsa, moga pembunuh mereka mendapat balasan setimpal.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA DAP


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),

lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga) ~Ali Imran, ayat 103


Kepada semua umat Islam tidak kira parti dan bangsa selamat menyambut hari Raya Aidilfitri meraikan kesedihan kita meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia.

Islam mengajar dan mengajak kita bersatu padu dan berkasih sayang sesama kita. Islam tidak mengajar kita berpecah belah jauh sekali benci membenci.

Islam juga tidak pernah mengajar kita menyekat dakwah, jangan kerana berbeza pendapat kita menyekat dakwah kepada orang lain hingga kita mencemuh ulama' muda (graduate agama) yang mahu melebarkan dakwah.

Cerminlah diri sendiri yang sering menkafirkan orang, sudah berapa ramai yang kita dakwah. melolong ke sana sini memberitahu akhbar yang kita mahu dakwah si fulan itu si fulan ini tapi hingga sekarang tiada tanda-tanda si fulan itu dan si fulan ini menerima juzuk Islam seperti Hudud, jauh sekali Islam, menentang lagi adalah, balik-balik kita yang malu sendiri.

Akhir kata, kami di sini memohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. bukan lah niat mahu menambah garam ke luka tapi ingin menyedarkan saja, hanya perpaduan dan kasih sayang sesama Islam kunci negara Islam.

Wednesday, September 8, 2010

AKHIRNYA DAP TERIMA HUDUD

Kenyataan media bersama oleh Dr. Boo Cheng Hau dan Ong Kow Meng di Skudai pada hari Selasa, 7 hb September 2010:
****

Berita bertajuk "Hudud: DAP Sambut Baik" tidak memaparkan pandangan menyeluruh
****

Akhbar Sinar 5hb September 2010 telah menerbitkan di m/s J3 berita bertajuk "Hudud : DAP Sambut Baik".

Kami dengan ini ingin menjelaskan bahawa berita yang disiarkan tidak memaparkan pandangan menyeluruh kami terhadap soalan yang diajukan pemberita suratkhabar Sinar.

Kami ingin menjelaskan bahawa pendirian DAP adalah kami berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Apa-apa perubahan dan/atau pindaan termasuk sistem perundangan yang memerlukan persetujuan Dewan Rakyat. Selanjutnya isu perlaksanaan Hudud juga tidak termasuk dalam Common Policy Framework Pakatan Rakyat.

Akhirnya, adalah pendirian kami bahawa jenayah boleh dicegah dan ditangani tanpa perubahan kepada sistem perundangan yang sedia ada sekiranya undang-undang yang sedia ada sekiranya dikuatkuasakan secara adil, saksama dan telus.

* Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Skudai & Ong Kow Meng, ADUN Senai
****

SUKOR, selama ini ( dah 6 tahun) PAS menjaja di mana-mana saja mereka sering memberi penerangan dan dakwah kepada pemimpin-pemimpin DAP mengenai hukum hudud dan negara Islam telah membuahkan hasil.

PAS tidak menipu kita tuan-tuan, eloklah siapa yang tuduh PAS menipu dan cakap berbelit tu bertobat, pergi jumpa TGNA sucikan dosa cepat-cepat.

Rupanya-rupanya DAP yang dibawa masuk ke masjid dan surau itu untuk didakwah sebab itulah DAP itu berdiri di hadapan, bercakap dan memberi sumbangan manakala jemaah duduk di keliling mendengar dan menerima sumbangan. Walaupun cara nya berbeza dengan zaman Rasul SAW dulu di mana nabi di depan dan bercakap manakala orang jahiliyyah duduk dan mendengar namun ada rahsia di sebalik perbuatan PAS ini. SUKOR

WHAT DID ONE WALL SAY..


What did DAP say to PAS?

"My ass smells good, so kiss my ass"

Sunday, September 5, 2010

KHAS BUAT SI MUKA BABI



Bravo... lagi buat banyak-banyak lagi, jangan pikir dia saja tau rap org lain tak tahu.

Saturday, September 4, 2010

HUDUD DAN LIDAH BERCABANG

Dulu,

10 sebab kenapa UMNO tolak hudud
23:23 with 0 ulasan »

1-Umno sememangnya langsung tidak berminat untuk melaksanakan Syariat Allah,Islam Bagi Umno sekadar Sembahyang,puasa,zakat ,haji dan nikah kawin.Malah Umno lebih selesan hidup tanpa menghiraukan larangan Al-Quraan. [Batu Gajah Mari]

Sekarang,

Hudud: Jangan bercakap kalau tak faham~Harakah

definisi hudud adalah luas bukan sahaja meliputi bab jenayah, sebaliknya termasuklah dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.

“Hudud ialah hak-hak Allah, jadi sembahyang juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hudud. Apa pelik sangat pasal hudud?” soalnya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat. [hrkh]

Emmm.... ; /

Wednesday, September 1, 2010

ISU SURAU DIBESARKAN TUTUP HUDUD

"Man kazaba 'alaiya muta'ammidan fal yatabawwa' maq'adahu minan nar"

Tersebar akhir-akhir ini bermacam jenis video dari putri UMNO ke Rosmah ke ceramah untuk menghalalkan kafir harbi masuk ke Masjid 'berdakwah' kepada jemaah islam dalam surau, aik terbalik pula, dulu zaman nabi orang jahilliyah datang ke Masjid mendengar dakwah dari nabi SAW. Walau bagaimapaun tak boleh cakap apa sebab ada musallamah al kazzab akan putar isu dan kaitkan dengan nabi SAW.

Namun apa yang jelas isu ini diperbesarkan untuk menutup kemaluan dan penipuan yang hudud bukan lagi dan mungkin pernah menjadi juzuk perjuangan mereka. Kegagalan dan kemaluan besar yang tidak terjawab oleh mereka kepada penyokong-penyokong negara Islam dan Hudud, walaupun mereka masih ada sokongan penyokong taklid buta tetapi lain rasanya.

Al-muhim, mereka sendiri tidak kisah akan penyokong ghulat parti kerana kalau disuruh makan tahi pun ghulat-ghulat ni makan, tetapi malu mereka adalah kepada penyokong perjuangan yang tidak menyokong parti kerana individu tetapi menyokong parti kerana perjuangan. Jika parti hilang perjuangan maka tiada sebab lagi untuk menyokong parti itu, biar wali mana pun yang memimpinnya.

Popular Posts 30