Followers

Tuesday, March 13, 2012

DS SHAHRIZAT MEMANG PATUT LETAK JAWATAN


Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan suami beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah, tidak, sifat ‘accountability’ dari pimpinan pembangkang iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan DS Wan Azizah kerana kesilapan menantu dan suami?

Adakah Tok Guru dan DS Wan Azizah akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan. Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan Arif fahmi dan skandal salah laku anwar.

Pemimpin-pemimpin ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara kebajikan pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama Blankert (ejaan nama tak pasti) telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain, Tok Guru dan DS Wan Azizah beranikah?

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara. Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Arif Fahmi, menantu Tok Guru.

Mengata dulang paku serpih, mengat orang dia yang lebih. Tapi pemimpin yang makan duit rakyat dari parti mana pun memang patut dihukum seberat-beratnya.

No comments:

Popular Posts 30